WHO tubuh pasukan baharu bongkar asal usul Covid-19

October 14, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, satu jawatankuasa baharu akan ditubuhkan bagi mencari penyelesaian terakhir untuk membongkar asal usul Covid-19.

Badan dunia itu akan mencalonkan 26 orang pakar untuk menganggotai pasukan itu dikenali sebagai Scientific Advisory Group on the Origins of Novel Pathogens (SAGO).

Sejak pertengahan Disember 2019, virus Covid-19 didakwa mula menular di bandar Wuhan, China walaupun terdapat persoalan di manakah pertama kali virus ini muncul masih belum jelas.

Selain itu, pasukan tersebut turut akan mengkaji sama ada virus itu berpunca daripada haiwan seperti didakwa sebelum ini sebelum tersebar kepada manusia di pasar Wuhan atau mungkin tersebar dari makmal.

Namun begitu, China menafikan teori penyebab tersebarnya virus daripada makmal itu.

Februari lalu, pasukan WHO sudah ditugaskan untuk membuat kajian dan menyelidik asal usul Covid-19 di China dan hasilnya melaporkan ia mungkin berpunca daripada kelawar.

Bagaimanapun, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mendakwa terdapat kekurangan data dan kekangan dari China yang mengurangkan ketepatan hasil ujian itu.

Ahli jawatankuasa SAGO dicadangkan untuk kajian baharu ini termasuk enam pakar yang pernah membuat kajian di China sebelum ini.

Persetujuan penubuhan jawatankuasa baharu ini diumumkan selepas China sedang bersiap sedia untuk menguji puluhan ribu sampel bank darah yang diambil ketika wabak itu menular.

Namun, Beijing mahu usaha pihak SAGO itu tidak dipolitikkan oleh pihak tertentu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok