WHO tolak rawatan plasma darah kepada pesakit Covid-19

December 7, 2021 · Dunia

Rawatan kepada pesakit Covid-19 menggunakan plasma darah pesakit yang sembuh daripada jangkitan itu sebelum ini tidak sepatutnya diberikan kepada individu yang sedang dijangkiti dengan gejala ringan atau sederhana.

Sebelum ini, cara rawatan plasma pemulihan menunjukkan petanda yang sangat memberangsangkan apabila diberikan secara intravena iaitu dimasukkan melalui saluran darah pesakit Covid-19.

Namun begitu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam saranan Jurnal Perubatan British menyatakan bukti semasa menunjukkan cara tersebut tidak meninngkatkan peluang hidup seseorang pesakit.

Malah, ia juga tidak mengurangkan keperluan penggunaan alat bantuan pernafasan, dengan kos terlalu mahal dan memerlukan tempoh masa yang agak lama.

WHO menegaskan agar kaedah plasma darah tidak digunapakai bagi merawat pesakit Covid-19 yang tidak bergejala selain rawatan tersebut hanya perlu diberikan kepada ujian klinikal pesakit bergejala serius atau kritikal sahaja.

Kaedah plasma pemulihan adalah dengan menggunakan cecair dalam darah daripada pesakit yang sudah sembuh daripada jangkitan Covid-19, memiliki antibodi kuat dihasilkan oleh tubuh badan selepas dijangkiti virus tersebut.

Sejak awal pandemik lalu, kaedah rawatan itu adalah beberapa rawatan berpotensi yang dikaji dapat merawat pesakit Covid-19, namun hasil ujian klinikal mendapati ia mempunyai kebaikan yang amat terhad.

WHO menjelaskan, kaedah terbaharunya ini adalah berdasarkan hasil kajian daripada 16 ujian melibatkan 16,236 pesakit Covid-19 yang bergejala ringan, serius dan kritikal.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok