WHO saran dos penggalak bagi pesakit lemah sistem imun

October 12, 2021 · Dunia

Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mencadangkan pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada golongan mempunyai masalah sistem imun terkrompomi iaitu apabila seseorang berada pada tahap imun yang sederhana atau teruk.

Selepas perbincangan minggu lalu, Kumpulan Pakar Strategi Penasihat Imunisasi WHO (SAGE) mencadangkan agar golongan itu diberikan dos ketiga dengan menggunakan mana-mana vaksin dalam Senarai Penggunaan Kecemasan WHO.

Kumpulan tersebut lebih cenderung untuk kurang menunjukkan tindak balas terhadap vaksinasi biasa yang disuntik dan lebih berisiko tinggi terkena gejala Covid-19 yang teruk.

Akhir September lalu, beberapa jenama vaksin Covid-19 sudah diluluskan oleh Penyenaraian Penggunaan Kecemasan WHO, termasuk vaksin Pfizer BioNTech, Janssen, Moderna, Sinopharm, Sinovac, AstraZeneca dan Covishield.

SAGE memaklumkan pihaknya juga sedang mengkaji vaksin Covaxin, yang dikeluarkan oleh Bharat Biotech di India dan cadangan dasar akan diberikan setelah vaksin itu diluluskan oleh Penyenaraian Penggunaan Kecemasan WHO.

Menurut pakar WHO, dos ketiga vaksin virus tidak aktif Sinovac dan Sinopharm perlu disuntik kepada mereka yang berumur 60 keatas.

Selain itu, penggunaan vaksin heterologi atau virus hidup untuk dos tambahan ini juga boleh dicadangkan berdasarkan pertimbangan bekalan dan akses vaksin tersebut.

“Ketika melaksanakan cadangan ini, semua negara perlu menyasarkan terlebih dahulu untuk memberikan dua dos lengkap kepada populasinya, sebelum memberika dos ketiga, dimulakan kepada golongan paling berumur dahulu,” kata SAGE.

Sebelum ini, WHO sudah meminta moratorium global untuk dos penggalak Covid-19, bagi memastikan pembahagian vaksin diberi secara adil ke seluruh dunia untuk membolehkan setiap negara memvaksinasi hampir 40 peratus dari penduduknya.

Minggu lalu, WHO mengumumkan tindakan untuk memvaksinasi lebih 40 peratus penduduk di setiap negara menjelang akhir tahun ini dan mensasarkan sebanyak 70 peratus pada pertengahan 2022.

Usaha pengagihan vaksin ini akan diberikan keutamaan kepada negara berpendapatan rendah, seperti di Afrika.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok