WHO sahkan varian Omicron lebih cepat merebak, vaksin kurang berkesan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan hasil kajian awal melibatkan varian baharu Covid-19, Omicron mendapati ia lebih mudah merebak dan vaksin kurang berkesan dalam melawannya tetapi gejala pesakit yang dijangkiti kurang teruk.

Kajian mendapati Omicron lebih mudah dijangkiti berbanding varian Delta yang pertama kali dikenal pasti di India awal tahun ini bertanggungjawab untuk kebanyakan jangkitan koronavirus di dunia.

Namun, penemuan Omicron di Afrika Selatan yang mempunyai sejumlah besar mutasi bulan lalu mendorong negara di seluruh dunia untuk mengenakan sekatan perjalanan ke atas negara di Afrika Selatan dan memperkenalkan semula sekatan domestik untuk memperlahankan penyebarannya.

WHO berkata, Omicron merebak ke 63 negara setakat 9 Disember lalu.

Penularan yang lebih pantas dicatatkan di Afrika Selatan di mana Delta kurang berleluasa dan di Britain di mana Delta adalah virus yang dominan.

Namun, ia menekankan kekurangan data bermakna ia tidak dapat menyatakan sama ada kadar penularan Omicron adalah kerana ia kurang terdedah kepada tindak balas imun, kebolehjangkitan lebih tinggi atau gabungan kedua-duanya.

Bukti awal menunjukkan Omicron menyebabkan ‘pengurangan dalam keberkesanan vaksin terhadap jangkitan dan penularan’,” kata WHO dalam taklimat teknikal kelmarin.

Jangkitan Omicron setakat ini menyebabkan gejala ringan atau kes tanpa gejala, tetapi WHO berkata, data itu tidak mencukupi untuk menentukan tahap keseriusan klinikal varian itu.

Amerika Syarikat (AS) kini mencecah 800,000 kematian berkaitan COVID-19, ketika negara bersiap sedia menghadapi potensi lonjakan jangkitan berikutan lebih banyak masa yang dihabiskan dalam rumah dengan cuaca yang lebih sejuk dan varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.

BERITA BERKAIT
POPULAR