WHO sahkan ramai penghidap cacar monyet golongan gay, biseksual

May 21, 2022 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kes awal luar biasa jangkitan cacar monyet atau ‘monkeypox’ berlaku kerana tiga sebab.

Semua, kecuali satu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan di mana cacar monyet adalah endemik, kebanyakannya dikesan melalui perkhidmatan kesihatan seksual.

Ia dikesan berlaku dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, dan penyebaran meluas di seluruh Eropah dan seterusnya menunjukkan bahawa penularan mungkin telah berlaku untuk beberapa tempoh yang lama.

Di Britain, di mana 20 kes telah disahkan, dengan Agensi Keselamatan Kesihatan UK berkata kes baru-baru ini kebanyakannya membabitkan kalangan lelaki yang mengenal pasti diri mereka sebagai gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Portugal mengesan sembilan lagi kes pada Jumaat, menjadikan jumlahnya 23, dengan 14 kes sebelum ini semuanya dikesan di klinik kesihatan seksual dan melibatkan lelaki berumur antara 20 dan 40 tahun yang mengaku diri sebagai gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Bagaimanapun adalah terlalu awal untuk mengatakan penularan penyakit itu berlaku disebabkan hubungan seks, kata Pesuruhjaya Kesihatan Lazio di Itali, Alessio D’Amato, setelah tiga kes dilaporkan di negara itu.

Sementara itu WHO mengadakan sidang tergempar pada Jumaat untuk membincangkan wabak baharu cacar monyet, jangkitan virus yang lebih biasa berlaku di barat dan tengah Afrika, selepas lebih 100 kes disahkan atau disyaki berlaku di Eropah.

Dalam apa yang disifatkan oleh Jerman sebagai wabak cacar monyet terbesar pernah berlaku di Eropah, kes telah dilaporkan di sekurang-kurangnya sembilan negara – Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom – serta Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Australia.

Sepanyol melaporkan 24 kes baharu pada Jumaat, terutama di wilayah Madrid di mana kerajaan tempatan menutup sauna yang dikaitkan dengan kebanyakan jangkitan cacar monyet.

Sebuah hospital di Israel sedang merawat seorang lelaki berusia 30-an yang menunjukkan simptom yang konsisten dengan penyakit itu selepas tiba dari Eropah Barat.

Mula dikenal pasti menjangkiti monyet, penyakit ini biasanya merebak melalui hubungan rapat dan jarang menular di luar Afrika. Bagaimanapun situasi terbaharu itu mula mencetuskan kebimbangan.

Saintis bagaimanapun, tidak menjangkakan wabak itu berkembang menjadi pandemik seperti Covid-19, memandangkan virus itu tidak merebak semudah Sars-Cov-2. – Agensi

Berita berkaitan
Imigresen gempur ‘port’ gay di KL
May 26, 2023· Isu semasa
KDN haramkan ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ sejajar undang-undang
May 18, 2023· Isu semasa
NGO serah bukti skandal seks Exco Melaka, gesa siasatan segera
May 10, 2023· Politik
NGO minta orang ramai bantu cari wanita dalam skandal seks, buat tawaran
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok