WHO lulus vaksin keluaran India bagi kegunaan kecemasan

November 4, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah memberikan kelulusan penggunaan vaksin Covid-19, Covaxin yang dihasilkan pengeluar ubat-ubatan India, Bharat Biotech bagi kegunaan kecemasan.

Tindakan itu sedikit sebanyak akan membuka peluang vaksin buatan tempatan itu agar diterima sebagai vaksin yang boleh digunakan di negara miskin itu untuk pencegahan Covid-19.

Vaksin Covaxin mempunyai keberkesanan 78 peratus terhadap jangkitan Covid-19 dan ia sangat sesuai untuk digunakan oleh negara berpendapatan rendah berikutan keperluan penyimpanan yang mudah.

Vaksin Covaxin keluaran Bharat Biotech ini adalah vaksin ketujuh yang mendapat kelulusan penggunaan WHO, selepas dua suntikan daripada vaksin Pfizer dan Moderna, vaksin vektor adenovirus yang dicipta oleh AstraZeneca dan Johnson & Johnson, serta vaksin keluaran China yang tidak diaktifkan seperti Sinovac dan Sinopharm.

WHO dalam laman Twitternya memaklumkan prosedur Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL) sudah menilai kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut serta menjadi prasyarat untuk bekalan vaksin ke negara COVAX.

Dengan itu, proses mempercepatkan kelulusan kawal selia untuk mengimport dan menguruskan bekalan vaksin Covid-19 sangat diperlukan.

“EUL bakal meluaskan lagi ketersediaan bekalan vaksin, iaitu sebagai alat perubatan paling berkesan untuk menghentikan pandemik ini,” jelas Penolong Ketua Pengarah WHO bagi Akses Produk Kesihatan, Dr Mariangela Simao.

Walaubagaimanapun, pihaknya akan terus memberikan tekanan untuk memenuhi keperluan semua populasi dan akan diberi keutamaan kepada kumpulan berisiko yang masih menunggu dos pertama sebelum mengisytiharkan kemenangan.

Sebelum ini, Covaxin dinilai di bawah prosedur WHO EUL berpandukan semakan data kualiti, keselamatan, keberkesanan, pelan pengurusan risiko dan kesesuaian program.

Kumpulan Penasihat Teknikal (TAG) yang ditubuhkan oleh WHO dan terdiri daripada pakar kawal selia dari seluruh dunia, yang akan menentukan kesesuaian vaksin itu mengikut piawaian WHO untuk memberi perlindungan terhadap Covid-19, merangkumi keberkesanan mengatasi risiko dan kesesuaian vaksin untuk digunakan secara global.

Vaksin Covaxin dirumus daripada antigen SARS-CoV-2 yang tidak aktif dan dihasilkan dalam dos tunggal dengan pelbagai bebuli iaitu 5, 10 dan 20 dos.

Sementara itu, pada 5 Oktober lalu, Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) merumuskan dasar dan cadangan khusus bagi vaksin tersebut untuk digunakan dalam populasi melibatkan kumpulan umur yang disyorkan, selang tempoh vaksinasi antara setiap dos serta kumpulan tertentu seperti wanita hamil dan menyusukan bayi.

SAGE turut mencadangkan agar vaksin itu disuntik dalam dua dos dengan selang tempoh empat minggu untuk individu dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Namun begitu, data tersedia tentang vaksinasi terhadap wanita hamil, masih belum mencukupi untuk menilai keselamatan atau keberkesanan vaksin semasa kehamilan, selain kajian untuk wanita merancang hamil, termasuk sub-kajian kehamilan dan pendaftaran kehamilan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok