WHO kaji kaitan Covid-19 dengan hepatitis misteri kanak-kanak

May 11, 2022 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata sebayak 348 kemungkinan kes hepatitis yang tidak diketahui asalnya telah dikenal pasti, ketika kajian mengenai potensi serta peranan adenovirus atau virus yang biasanya menyebabkan selesema ringan dan jangkitan Covid-19 semakin meningkat.

WHO berkata hipotesis utama kekal mengatakan kes hepatitis itu melibatkan adenovirus atau virus biasa.

Adenovirus biasanya disebarkan melalui sentuhan kontak rapat, titisan pernafasan dan permukaan.

Mereka secara amnya diketahui menyebabkan gejala pernafasan, konjunktivitis atau gangguan pencernaan.

Sehingga kini, WHO berkata 20 negara telah melaporkan kes hepatitis yang tidak diketahui asal-usulnya, dengan 70 kes tambahan dari 13 negara lagi yang sedang menunggu klasifikasi ujian.

Hanya enam negara yang melaporkan lebih daripada lima kes, dengan sekurang-kurangnya 160 kes dilaporkan di Britain.

“Sepanjang minggu lepas, terdapat beberapa kemajuan penting dalam penyiasatan lanjut dan beberapa penyempurnaan hipotesis kerja,” kata Philippa Easterbrook, daripada program hepatitis global WHO.

Beliau berkata Britain telah menyelaraskan satu set kajian komprehensif melihat genetik kanak-kanak yang terjejas, tindak balas imun mereka, virus dan kajian epidemiologi lanjut.

WHO pertama kali dimaklumkan pada 5 April daripada 10 kes hepatitis yang tidak dapat dijelaskan di Scotland, yang dikesan pada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) berkata mereka sedang menyiasat 109 kes sedemikian, termasuk lima kematian yang dilaporkan.

“Pada masa ini, hipotesis utama kekal yang melibatkan adenovirus – dengan pertimbangan penting turut diberikan kepada peranan Covid, sama ada sebagai jangkitan bersama atau jangkitan masa lalu,” kata Easterbrook.

Ujian lanjut minggu lalu mengesahkan bahawa kira-kira 70 peratus daripada kes diuji positif untuk adenovirus, dengan sub-jenis 41 – biasanya dikaitkan dengan gastroenteritis, katanya.

Ujian juga menunjukkan bahawa sekitar 18 peratus kes secara aktif diuji positif Covid-19.

“Tumpuan besar pada minggu depan adalah melihat ujian serologi untuk pendedahan dan jangkitan Covid sebelum ini,” kata Easterbrook.

Sebelum ini, WHO merujuk kepada wabak keradangan hati yang teruk sebagai hepatitis akut yang tidak diketahui asalnya dalam kalangan kanak-kanak.

Tiga kanak-kanak di Indonesia telah meninggal dunia akibat penyakit itu.

Sesetengah kes telah menyebabkan kegagalan hati dan memerlukan pemindahan. – Agensi

Berita berkaitan
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Prestasi ekonomi negara tahun lepas terbaik di Asia Tenggara, kata BNM
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok