WHO isytihar cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global, amaran tertinggi

July 24, 2022 · Dunia

Wabak cacar monyet diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai kecemasan kesihatan global, amaran tertinggi yang dikeluarkan berikutan peningkatan kes membabitkan wabak itu.

Pengumuman amaran tertinggi itu diputuskan ketua pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus selepas taklimat di Geneva pagi Sabtu.

“Saya memutuskan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global,” kata Tedros dipetik agensi berita antarabangsa.

Sehingga 20 Julai lalu, seramai 15,800 orang di 72 negara dijangkiti cacar monyet berdasarkan kiraan oleh Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) Amerika Syarikat (AS).

Peningkatan jangkitan cacar monyet dilaporkan sejak awal Mac lalu di luar negara Barat dan negara Afrika Tengah, di mana penyakit itu sudah lama diklasifikasikan sebagai endemik.

Pada 24 Jun lalu, WHO membentuk jawatankuasa kecemasan (EC) terdiri pakar bagi menentukan sama ada cacar monyet sebagai Kecemasan Kesihatan bagi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC), yang juga tahap amaran tertinggi agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Untuk rekod, pengumuman WHO tersebut adalah yang ketujuh sejak 2007, PHEIC diisytihar semasa penularan pandemik influenza H1N1 pada 2009; wabak Ebola di Afrika Barat dari 2013 hingga 2015; wabak Ebola di Republik Demokratik Congo dari 2018 hingga 2020; wabak Zika pada 2016; penyebaran poliovirus berterusan yang bermula pada 2014; dan pandemik Covid-19 yang berterusan.

Pada 1970, jangkitan virus yang menyerupai cacar itu dikesan buat pertama kalinya dikesan pada manusia, bagaimanapun, cacar monyet kurang berbahaya dan berjangkit berbanding cacar, yang sudah dihapuskan pada 1980.

Berita berkaitan
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, orang ramai dinasihat berhati-hati risiko banjir
March 3, 2023· Isu semasa
Empat negeri diberi amaran hujan sangat lebat sehingga esok
March 1, 2023· Isu semasa
Amaran angin kencang, laut bergelora sekitar perairan negara
February 23, 2023· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok