WHO cemas bila cacar monyet merebak di Barat, tidak di Afrika

June 25, 2022 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia memanggil jawatankuasa kecemasannya bermesyuarat untuk mempertimbangkan sama ada wabak cacar monyet yang semakin meningkat diisytiharkan sebagai kecemasan global.

Tetapi beberapa pakar mengatakan keputusan WHO untuk bertindak, dibuat hanya setelah penyakit itu mula menular di negara-negara Barat. Ia sekali gus memperlihatkan ketidakadilan antara negara kaya dan miskin seperti mana berlaku ketika pandemik Covid-19.

Mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan global bermakna agensi kesihatan PBB itu menganggap wabak berkenaan sebagai “kejadian luar biasa” dan penyakit itu berisiko merebak merentasi lebih banyak sempadan, yang mungkin memerlukan tindak balas global.

Bagaimanapun WHO menjangkakan tidak akan mengumumkan sebarang keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa kecemasannya.

Ramai saintis meragui sebarang perisytiharan sedemikian akan membantu membendung wabak itu, memandangkan negara maju yang merekodkan kes terbaharu sudah bergerak pantas untuk mengatasinya.

Minggu lalu, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan wabak cacar monyet baru-baru ini yang dikenal pasti di lebih 40 negara, kebanyakannya di Eropah, sebagai “luar biasa dan membimbangkan.”

Cacar monyet menjangkiti penduduk Afrika tengah dan barat selama beberapa dekad, di mana satu versi penyakit itu membunuh sehingga 10 peratus orang yang dijangkiti.

Versi penyakit yang dilihat di Eropah dan di tempat lain biasanya mempunyai kadar kematian kurang daripada 1 peratus dan tiada kematian di luar Afrika setakat ini dilaporkan.

“Sekiranya WHO benar-benar bimbang penyebaran cacar monyet, mereka jawatankuasa kecemasan sepatutnya berbincang sejak bertahun-tahun lalu apabila ia muncul semula di Nigeria pada 2017 dan tiada siapa yang tahu mengapa kami tiba-tiba mempunyai ratusan kes,” kata Oyewale Tomori, ahli virologi Nigeria yang turut menganggotai kumpulan penasihat WHO.

“Agak pelik apabila WHO hanya memanggil pakar mereka setelah penyakit itu muncul di negara kulit putih,” katanya.

Sehingga bulan lepas, cacar monyet tidak menyebabkan wabak yang besar di luar Afrika. Para saintis tidak menemui sebarang mutasi dalam virus yang mencadangkan ia lebih mudah berjangkit, dan penasihat utama WHO berkata lonjakan kes di Eropah berkemungkinan dikaitkan dengan aktiviti seksual dalam kalangan lelaki gay dan biseksual di Sepanyol dan Belgium.

Sehingga kini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan lebih daripada 3,300 kes cacar monyet di 42 negara di mana virus itu tidak pernah dikesan.

Lebih daripada 80 peratus kes adalah di Eropah. Sementara itu, Afrika telah pun melihat lebih 1,400 kes tahun ini, termasuk 62 kematian.

David Fidler, seorang felo kanan dalam kesihatan global di Council on Foreign Relations, berkata perhatian baru WHO terhadap cacar monyet di tengah-tengah penyebarannya ke luar Afrika secara tidak sengaja boleh memburukkan lagi jurang antara negara kaya dan miskin yang dilihat semasa Covid-19.

“Mungkin ada sebab yang sah mengapa WHO hanya membunyikan penggera apabila cacar monyet merebak ke negara kaya, tetapi ke negara miskin, itu kelihatan seperti pilih kasih,” kata Fidler.

Beliau berkata masyarakat global masih bergelut untuk memastikan golongan miskin di dunia diberi vaksin terhadap ancaman Covid-19 dan tidak jelas sama ada penduduk Afrika mahukan vaksin cacar monyet, memandangkan keutamaan bersaing seperti malaria dan HIV. – Agensi

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Jepun lulus vaksin baharu cegah cacar monyet
July 30, 2022· Dunia
Jepun sahkan kes pertama cacar monyet
July 26, 2022· Dunia
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Serangan bom, pembakaran di 17 tempat gegar Selatan Thailand
August 17, 2022
Lagi Dunia terkini
Serangan bom, pembakaran di 17 tempat gegar Selatan Thailand
20 jam lalu · Dunia
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022 · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022 · Dunia
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022 · Dunia
Trafik penumpang SIA cecah 2 juta kali pertama sejak wabak Covid
August 15, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok