WHO beri amaran jangan beli vaksin daripada orang tengah

June 8, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai bahaya membeli vaksin yang mahal daripada orang tengah selain mengingatkan semua negara supaya membeli vaksin yang diperakui oleh WHO dan mengenal pasti asal usul produk itu.

“Kami juga sedar wujud kebimbangan akan vaksin lain … melalui orang tengah (satu vaksin) pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga sebenar yang dijual oleh pengeluar,” kata Penolong Ketua Pengarah WHO Mariangela Batista Galvao Simao, untuk Akses kepada Ubat-ubatan dan Produk Kesihatan.

Isu peranan perantara untuk membeli vaksin dibahaskan baru-baru ini apabila terdapat orang tengah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dikesan menjual vaksin Sputnik kepada Ghana dan Pakistan pada harga dua kali ganda daripada harga asal.

Simao berkata semua negara sepatutnya membeli secara langsung daripada pengeluar atau ‘menghubungi pengilang untuk memastikan bahawa perantaraan itu sah.’

“Terdapat banyak produk Covid yang tidak menepati piawaian dan palsu yang dikomersialkan di luar sana. Jadi anda perlu mengetahui asal usulnya,” kata beliau.

Simao juga mengatakan bahawa penting untuk memvaksinasi orang ramai dengan produk yang diperakui oleh WHO.

“WHO menasihatkan negara-negara supaya menggunakan vaksin yang telah disenaraikan untuk tujuan kecemasan,” katanya, merujuk pada Senarai Penggunaan Kecemasan yang digunakan oleh organisasi itu untuk meluluskan vaksin baharu.

Setakat ini, lapan vaksin Covid-19 diluluskan oleh WHO untuk kegunaan kecemasan, termasuk dua vaksin China – Sinopharm dan Sinovac, yang kedua-duanya telah diedarkan di beberapa negara di seluruh dunia. – Agensi

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
WHO pantau subvarian baharu Covid-19 lebih menjangkiti
April 13, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok