Wartawan Al Jazeera dibunuh tentera Israel di Tebing Barat

May 11, 2022 · Dunia

Kementerian Luar Qatar pada Rabu mengecam pembunuhan seorang wartawan veteran Al Jazeera oleh tentera Israel di Tebing Barat yang dicerobohi, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh, 51, ditembak mati di bandar Jenin. Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi, ditembak di belakang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin yang dilaporkan Bernama.

“Penceroboh Israel membunuh wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh dengan menembaknya di muka ketika beliau memakai jaket media dan topi keledar,” ciap Pembantu Menteri Luar Lolwah Alkhater di Tweeter.

Alkhater menegaskan bahawa wartawan Akleh sedang membuat liputan serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin apabila wartawan wanita itu dibunuh.

“Keganasan yang didokong negara Israel ini mesti dihentikan, sokongan tanpa syarat kepada Israel mesti ditamatkan,” tambahnya.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok