Waris mangsa MH17 akan dipanggil beri keterangan di mahkamah

June 7, 2021 · Dunia

Mahkamah di The Hague, Belanda dijangka memulakan perbicaraan kejadian pesawat Malaysia Airlines, MH17 ditembak jatuh pada 2014 lalu, dengan mendengar merit kes berkenaan hari ini, lapor laman sesawang mahkamah.

Lebih banyak topik umum akan dibincangkan pada hari pertama perbicaraan, termasuk perincian terhadap bukti serta fail pendakwaan. Mahkamah menetapkan tiga hari untuk perbicaraan awal kes itu bermula 6 Jun hingga 9 Jun ini.

Empat suspek terdiri daripada tiga warga Russia, Oleg Pulatov, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko, dibicarakan tanpa kehadiran. Hanya Pulatov diwakili peguam.

Pada 26 Mei, mahkamah mengadakan perbicaraan kes itu buat pertama kali di lokasi pembinaan semula bangkai kapal, di Pangkalan Tentera Udara Belanda di Gilze-Rijen.

Dalam perbicaraan awal itu pihak pendakwaan meminta untuk memeriksa bahagian kanan dan kiri kokpit pesawat MH17 untuk membandingkan kerosakan.

Bagaimanapun, menurut pakar Belanda, peluru berpandu dari darat ke udara mengenai sebelah kiri pesawat, manakala peguam yang membela Pulatov meminta diserahkan versi bertulis pendakwaan mengenai pembinaan semula bangkai pesawat itu.

Pesawat MH17 jenis Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh di ruang udara Donbas, di timur Ukraine, wilayah dikawal pemberontak pro-Russia pada 17 Julai 2014.

Semua 283 penumpang dan 17 anak kapal terbunuh.

“Mahkamah akan dibuka untuk perbicaraan jenayah MH17 dengan sewajarnya dan menerusi penelitian dan perbincangan kandungan fail pendakwaan, menjelaskan pertanyaan penting yang sudah mula ditangani.

“Adakah pesawat MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpanduk BUK? Adakah peluru berpandu BUK dilancarkan dari ladang pertanian berhampiran Pervomaiskyi? Adakah tertuduh berperanan dalam hal ini?,” kata mahkamah dalam kenyataan di laman sesawangnya.

Siasatan antarabangsa membuat kesimpulan bahawa peluru berpandu BUK yang dimiliki Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat ke-53 tentera Russia, berpusat di bandar Kursk bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Menurut kenyataan sama, waris mangsa akan turut memberi keterangan di mahkamah pada September depan. – Agensi

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok