Warga Thailand tolak pembukaan semula negara kepada pelancong

October 17, 2021 · Dunia

Satu tinjauan dibuat baru-baru ini menunjukkan majoriti rakyat Thailand menolak pembukaan semula sempadan antarabangsa negara itu kerana bimbang pelancong yang datang membawa jangkitan baharu Covid-19, selain jumlah vaksinasi penduduk pula masih rendah.

Tinjauan dilakukan Universiti Suan Dusit Rajabhat terhadap 1,392 responden susulan kenyataan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha untuk membuka semula sempadan negara itu kepada pelancong asing lengkap divaksin mulai 1 November ini.

Sebahagian besar responden, melibatkan 59.86 peratus menentang rancangan itu, manakala 60.10 peratus mengatakan ini bukan masa yang sesuai untuk membuka kembali pintu masuk negara itu.

Selain itu, responden juga bersetuju Thailand dibuka semula kepada pelancong asing jika lebih daripada 70 peratus penduduknya telah divaksin, meningkatkan pengendalian wabak dan kemudahan kesihatan awam dalam mencegah penularan varian baharu Covid-19.

Sehingga kini, 36 peratus penduduk di ibu kota Bangkok – pintu masuk utama pelancong asing ke Thailand – telah diberi vaksin, dengan 35 peratus daripadanya melengkapkan suntikan dos masing-masing.

Tinjauan juga menunjukkan kebanyakan pemilik dan pekerja perniagaan bersetuju dengan rancangan pembukaan semula negara itu, walaupun terdapat kelompok akhir yang risau akan jangkitan baharu.

Pembukaan semula Thailand bermula 1 November ini akan memberikan impak yang positif kepada industri pelancongan negara itu. Ia mampu meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi jika situasi Covid-19 dikendalikan dengan baik, jelas Pusat Penyelidikan Kasikorn semalam.

Pusat penyelidikan itu menjangkakan 64 peratus pelancong asing akan memasuki Thailand mulai 1 November ini kerana kesesuaian musim, terutama cuti Krismas dan sambutan tahun baharu.

Sebelum ini, Thailand memperkenalkan pelbagai program dan kelonggaran kepada pelancong asing, termasuk memendekkan tempoh kuarantin, bagi menarik lebih ramai pelancong ke negara itu.

Dalam perkembangan sama, data perjalanan Google turut menunjukkan lebih ramai pelancong asing mencari carian tawaran hotel atau penginapan di Thailand.

Pencarian tertumpu di sekitar Bangkok, kota Pattaya, Koh Samui di Surat Thani dan wilayah Karon dan Patong di Phuket.

Negara lain dengan jumlah carian tertinggi juga termasuk Russia, Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan India.

Dalam tempoh 24 jam hari ini, Thailand merekodkan 10,863 kes baharu dan 68 kematian akibat Covid-19, menjadikan angka kumulatif kes di negara itu mencecah 1,783,701 dan lebih 18,273 kematian sejak wabak ini mula menular di negara itu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok