Warga Singapura di Ukraine diarah keluar secepat mungkin

February 14, 2022 · Dunia

Singapura menasihatkan rakyatnya meninggalkan Ukraine secepat mungkin berikutan ketegangan di negara itu dan wilayah sekitarnya semakin memuncak, menurut laporan Bernama.

“Berdasarkan situasi terkini, rakyat Singapura di Ukraine dinasihatkan meninggalkan negara itu secepat mungkin melalui pengangkutan komersial sementara masih boleh berbuat demikian,” menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (MFA) republik itu pada Ahad.

“Tiada jaminan bahawa MFA dalam kedudukan dapat membantu warga Singapura meninggalkan negara itu jika konflik tercetus. Singapura tidak mempunyai perwakilan diplomatik di Ukraine,” menurut kenyataan itu.

Warga Singapura yang masih berada di Ukraine perlu segera mendaftar dengan MFA menerusi https://eregister.mfa.gov.sg jika belum berbuat demikian.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pejabat MFA 24 jam di: Tel: +65 6379 8800/6379 8855 atau Faks: +65 6476 7302.

Dilaporkan bahawa Israel, Albania dan Maghribi turut menggesa rakyat masing-masing meninggalkan Ukraine.

Sementara itu, AS dilaporkan memindahkan beberapa kakitangan diplomatiknya dari ibu negara Ukraine ke bandar Lviv sebagai langkah keselamatan.

Kanada dan Australia turut menggantung operasi kedutaan di Kyiv dan membuka pejabat sementara di Lviv, menurut satu laporan.

Berita berkaitan
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022· Dunia
Singapura sumbang bantuan banjir AS$50,000 kepada Pakistan
August 31, 2022· Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022· Dunia
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022· Dunia
Popular
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022
Lagi Dunia terkini
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022 · Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022 · Dunia
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022 · Dunia
Rakyat Kuwait mula mengundi pilih Parlimen baharu
September 29, 2022 · Dunia
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
September 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
15 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok