Warga Shanghai ‘kehabisan bekalan makanan’ susulan sekatan pergerakan

Susulan sekatan pergerakan yang dilaksanakan bagi menyekat penularan Covid-19, warga Shanghai kini kehabisan bekalan makanan ringan dan pihak kerajaan bertindak lambat dalam menyediakan bekalan semasa tempoh penutupan.

Penduduk di bandar perniagaan China itu bergelut untuk mendapatkan bekalan daging, beras dan lain-lain makanan susulan pelaksanaan kawalan Covid-19 yang mengurung 25 juta orang ramai di dalam rumah masing-masing sehingga mencetuskan ketegangan pada ketika kerajaan bergelut membendung penularan wabak tersebut.

Warga Shanghai juga mengadu bekalan makanan yang dijual dalam talian juga kehabisan dengan cepat.

Terdapat juga segelintir penduduk lewat mendapat bungkus makanan seperti daging dan sayur-sayuran untuk beberapa hari, malah dibiarkan tanpa sebarang maklumat bila sekatan pergerakan akan ditamatkan.

Shanghai kini berdepan peningkatan lonjakan kes Covid-19 dan dijadikan kajian kerajaan China dalam strategi “sifar Covid” apabila setiap orang dijangkiti akan diasingkan daripada masyarakat.

Pada Khamis, China merekodkan 23,107 kes baharu di seluruh negara dengan hampir majoritinya bersimptom dan hanya 1,323 kes daripadanya tidak bersimptom.

Kes tertinggi dicatatkan di Shanghai sebanyak 19,989 kes dengan 329 kes bergejala direkodkan.

Aduan kehabisan bekalan makanan bermula oleh penduduk timbul selepas Shanghai mula menutup segmen bandar itu pada 28 Mac lalu.

BERITA BERKAIT
POPULAR