Warga Palestin ketiga dibunuh askar Zionis dalam tempoh 24 jam

June 2, 2022 · Dunia

Askar rejim Zionis Israel menembak mati seorang warga Palestin ketika pertempuran di Tebing Barat pada Khamis (2 Jun) – rakyat Palestin ketiga dibunuh di wilayah yang diduduki dalam tempoh 24 jam – kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Keganasan meletus di kem pelarian Dheisheh di Bethlehem di selatan Baitulmaqdis, kata kenyataan kementerian itu mengenal pasti lelaki yang maut itu sebagai Ayman Muhaisen, 29.

Dia adalah rakyat Palestin ketiga terbunuh dalam tempoh 24 jam selepas seorang wanita yang menghampiri tentera Zionis dengan pisau ditembak awal Rabu, dan seorang lelaki terbunuh dalam serbuan Israel di utara Tebing Barat lewat semalam.

Pasukan keselamatan Israel telah meningkatkan operasi mereka di Tebing Barat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, melakukan serbuan hampir setiap hari untuk menangkap suspek selepas beberapa serangan maut di dalam Israel.

Askar rejim berkata sepasukan anggota tentera memasuki Dheisheh untuk menangkap seorang warga Palestin yang disyaki melakukan kegiatan pengganas dan disambut dengan lontaran bom petrol dan blok simen.

Lewat Rabu, tentera Israel melancarkan pencerobohan ke perkampungan Yabad di luar Jenin untuk merobohkan rumah penyerang dalam serangan Mac yang mengorbankan lima orang di Bnei Brak, pinggir Tel Aviv.

Kementerian kesihatan berkata selepas serbuan itu seorang lelaki Palestin meninggal dunia di hospital di Jenin.

Dia telah dimasukkan dalam keadaan kritikal, telah “ditembak dengan peluru hidup di dada dan paha”.

Agensi berita Palestin, Wafa pula melaporkan enam rakyat Palestin cedera dalam serbuan Israel.

Israel kerap memusnahkan rumah individu yang dipersalahkan untuk serangan ke atas Israel.

Amalan itu, yang sering mencetuskan ketegangan, telah dikutuk oleh pengkritik sebagai satu bentuk hukuman kolektif. Israel menegaskan ia menghalang serangan.

Pada pagi Rabu, tentera rejim pengganas Israel di selatan Tebing Barat menembak mati Ghofran Warasnah, 31, berhampiran Hebron selepas dia berjalan ke arah tentera dengan pisau, kata tentera.

Sembilan belas orang, kebanyakannya orang awam Israel, termasuk 18 di dalam Israel dan seorang pendatang Yahudi, terbunuh dalam serangan oleh penduduk Palestin dan Arab Israel sejak akhir Mac.

Pasukan keselamatan Israel telah bertindak balas dengan serbuan di dalam Israel dan Tebing Barat, khususnya di daerah utara Jenin. Tiga penyerang Arab Israel dan seorang komando polis maut.

Tiga puluh lapan rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat, termasuk seorang wartawan Al Jazeera yang membuat liputan serbuan di Jenin dan orang ramai. – AFP

Berita berkaitan
Qatar benarkan peminat Israel masuk semasa Piala Dunia
June 10, 2022· Dunia
Wartawan Al Jazeera dibunuh tentera Israel di Tebing Barat
May 11, 2022· Dunia
Pendatang Israel serbu kompleks Al-Aqsa
May 6, 2022· Dunia
Perisik dua kerakyatan bakal dihukum mati pemerintah Iran
May 4, 2022· Dunia
Popular
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
July 4, 2022
Jepun bantah tentera laut China belayar dekat pulau jadi rebutan
July 4, 2022
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
July 4, 2022
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022
Lagi Dunia terkini
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
4 jam lalu · Dunia
Banjir: Puluhan ribu penduduk Sydney diarah pindah
6 jam lalu · Dunia
Jepun bantah tentera laut China belayar dekat pulau jadi rebutan
7 jam lalu · Dunia
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
15 jam lalu · Dunia
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok