Wang baharu £50 menampilkan potret pemecah kod Alan Turing

Wang baharu £50 yang dikeluarkan Bank of England bakal menampilkan potret seorang pemecah kod terkenal ketika era Perang Dunia Kedua, Alan Turing yang akan diedarkan bermula pada Jun ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh bank pusat tersebut dan bakal dilancarkan pada pada hari lahir ahli matematik terkenal itu.

Wang baharu tersebut mengandungi ciri keselamatan canggih serta potret ahli matematik itu.

Sama seperti wang £20 terbaharu, ia memiliki ciri keselamatan yang sukar untuk dipalsukan, kata Bank itu.

Ia juga akan menampilkan gambar hologram.

Pemecah kod Enigma Turing terkenal dengan penemuannya yang menghasilkan sebuah Turing Machine, alat algoritma yang kemudian digambarkan sebagai model generasi pertama komputer.

Beliau berperanan memecahkan kod Enigma Jerman, yang membawa kepada kemenangan Sekutu ke atas Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Pakar sejarah percaya penemuan Turing telah memendekkan perang selama empat tahun dan berjaya menyelamatkan puluhan ribu nyawa.

BERITA BERKAIT
POPULAR