Walau nyawa terancam, Imran Khan tekad terus buat penampilan di perhimpunan awam

April 21, 2022 · Dunia

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berikrar untuk tetap menyampaikan ucapan pada perhimpunan awam di bandar timur Lahore hari ini meskipun berdepan ancaman keselamatan.

“Apa pun yang berlaku, saya tetap akan memberi ucapan,” Imran dilaporkan sebagai berkata oleh Bernama.

Imran berkata, soal hidup dan mati hanya ditentukan Allah dan tidak guna baginya untuk mengurung diri sepanjang masa.

“Jika saya mengurung diri di dalam bilik, memikirkan saya akan selamat sepanjang hayat saya, ia juga bukan caranya,” katanya semasa interaksi melalui Twitter Spaces, dan pada satu ketika merekodkan 165,000 pendengar.

Imran berkata, Lahore bakal menyaksikan jumlah kehadiran yang tidak pernah terjadi dalam sejarah Pakistan.

Perhimpunan di Lahore adalah perhimpunan awam ketiga terbesar dianjurkan parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan pimpinan Imran sejak kerajaannya digulingkan dalam satu undi tidak percaya di Parlimen awal bulan ini.

Dua perhimpunan berlangsung di Peshawar dan Karachi sebelum ini juga menarik kehadiran ramai penyokong PTI.

Kerajaan tempatan Lahore pada Rabu mencadangkan supaya Imran tidak membuat penampilan fizikal di perhimpunan itu, sebaliknya hanya menyampaikan ucapan secara maya berdasarkan maklumat mengenai ancaman hebat terhadapnya yang diterima oleh agensi keselamatan serta penilaian risikan terkini di peringkat daerah dan wilayah.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok