Virus Covid-19 kembali ke tempat asal di Wuhan bawa varian Delta

August 4, 2021 · Dunia

Setelah lebih setahun virus Covid-19 keluar dari Wuhan, China, merebak dan menjangkiti lebih 200 juta penduduk dunia dan meragut lebih 4.26 juta nyawa, wabak itu kini kembali semula ke tempat asalnya, sekali gus mendorong seluruh populasi di bandar itu diarah menjalani ujian baharu.

China sedang berdepan tahap terburuk penularan wabak itu dalam beberapa bulan, dengan lebih daripada 300 kes dikesan di lebih 24 bandar di seluruh negara.

Negara ini kini menyenaraikan 144 kawasan berisiko tinggi dan sederhana, yang merekodkan paling banyak kes berbanding penularan pada awal 2020, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini.

Kepantasan dan skala penyebaran telah mendorong pihak berkuasa China mengenakan sekatan perjalanan domestik secara besar-besaran, dengan semua perkhidmatan pengangkutan kereta api, teksi dan e-hiling digantung sementara, terutama di kawasan berisiko sederhana dan tinggi.

Pihak berkuasa imigresen China juga telah berjanji untuk mengehadkan perjalanan rentas sempadan yang tidak mendesak dan tidak perlu, termasuk memperketat pengeluaran pasport untuk warganegara China.

Pada Isnin, beberapa jangkitan dilaporkan membabitkan pekerja migran di Wuhan, bandar di tengah China di mana virus Covid-19 mula dikesan pada Disember 2019. Sehingga Rabu, sejumlah 20 jangkitan dilaporkan, termasuk lapan yang tidak bergejala, menurut Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Hubei.

Bandar dengan 11 juta penduduk itu diletakkan di bawah penutupan paling ketat dan pertama akibat Covid-19 pada Januari 2020, ketika kemuncak penularannya.

Penutupan ketat selama 76 hari yang melumpuhkan bandar itu dan penduduk, akhirnya berjaya menjinakkan virus berkenaan. Wuhan sejak Mei tahun lalu, tidak melaporkan kes berkaitan Covid-19.

Pada Ogos 2020, ketika sebahagian besar dunia bergelut dengan Covid-19, Wuhan menjadi tajuk utama media apabila mengadakan festival
muzik elektronik di taman air terbuka, dengan ribuan orang berpesta tanpa memakai pelitup muka atau penjarakan sosial.

Namun sekarang, penularan varian Delta yang paling berbahaya meletakkan kembali pihak berkuasa negara itu dalam keadaan berjaga-jaga.

Pada Selasa, pihak berkuasa Wuhan melancarkan ujian saringan secara besar-besaran di bandar itu dengan penduduknya beratur panjang di pusat ujian. Pihak berkuasa juga mengantung perkhidmatan bas di 17 laluan selain menutup beberapa stesen kereta api bawah tanah.

Penduduk Wuhan yang semakin bimbang berdepan perintah penutupan semula, mula menyediakan stok bekalan makanan. Gambar dan klip video dikongsi di media sosial menunjukkan rak kosong di pusat beli-belah.

Ketika peringkat awal penutupan dahulu, jutaan penduduk Wuhan ‘dikurung’ di rumah dan hanya bergantung kepada pegawai pihak berkuasa serta sukarelawan untuk mendapatkan keperluan harian – selalunya dengan harga yang lebih tinggi.

Namun sehingga Rabu, tidak ada perintah penutupan seperti itu diumumkan di Wuhan, sebaliknya kompleks perumahan yang berkaitan dengan kes Covid-19 diletakkan di bawah kawalan bersasar. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok