Virus ASF pula dikesan di pusat penyembelihan Thailand

January 11, 2022 · Dunia

Thailand hari ini mengumumkan kes pertama virus African Swine Fever (ASF) yang dikesan di pusat penyembelihan di wilayah Nakhon Pathom.

Ia pengesahan rasmi pertama negara mengenai penyakit itu, menurut laporan wartawan Bernama di negara tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Ternakan Sorravis Thaneto berkata satu daripada 309 sampel darah dan swab permukaan yang dikumpul dari 10 ladang dan dua pusat penyembelihan disahkan positif ASF.

“Jabatan Pembangunan Ternakan akan memaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) mengenai penemuan ASF itu,” katanya.

Sorravis berkata pasukan khas dihantar ke kawasan itu untuk mengesan punca penyakit itu.

Sebelum ini, Reuters melaporkan Thailand sudah bertahun-tahun menegaskan kawanan babinya tidak dijangkiti oleh ASF.

Laporan berita itu berkata pihak berkuasa mengaitkan kebanyakan kematian babi ternakan berpunca daripada penyakit virus lain, Sindrom Reproduksi dan Pernafasan Porsin (PRRS).

Bagaimanapun, pada 8 Jan, Universiti Kasetsart di Bangkok berkata makmalnya bulan lepas menemui ASF pada seekor babi peliharaan yang mati dan dibawa pemiliknya untuk ujian makmal.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Dr. Thanakorn Wangboonkongchana berkata kabinet hari ini meluluskan 574.11 juta baht untuk membayar pampasan kepada hampir 5,000 penternak di 56 wilayah yang ternakan babi mereka dilupuskan pada 2021 untuk mencegah penularan ASF.

Beliau berkata hampir 160,000 ekor babi dilupuskan antara Mac dan Oktober lalu.

Berita berkaitan
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok