Versi baharu Pfizer berkesan terhadap Omicron BA.4, BA.5

June 26, 2022 · Dunia

Pfizer-BioNTech berkata dos penggalak versi terkini vaksin Covid-19 mereka, yang diubah suai khusus untuk memerangi varian Omicron Covid-19, menjana tindak balas imun yang lebih tinggi terhadap varian itu.

Kedua-dua syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional Amerika Syarikat (AS) dan Jerman itu berkata 30 dan 60 mikrogram dos suntikan yang hanya menyasarkan subvarian BA.1 Omicron pada musim sejuk lalu menunjukkan peningkatan 13.5 dan 19.6 kali ganda dalam meneutralkan titer geometri terhadap subvarian itu.

Versi suntikan mengandungi vaksin yang direka bentuk semula dan vaksin asalnya memberikan peningkatan imun 9.1 dan 10.9 kali ganda, kata mereka.

Keputusan itu diperoleh hasilnya adalah daripada ujian terhadap 1,234 individu berumur 56 tahun ke atas, kata syarikat itu.

Mereka mengatakan bahawa kajian awal makmal mencadangkan bahawa vaksin itu meneutralkan subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang telah menular baru-baru ini.

Syarikat itu mengatakan mereka terus mengumpul data tentang prestasi penggalak berbanding varian yang menular baru-baru ini.

Moderna juga telah membuat reka bentuk baharu vaksinnya yang menyasarkan subvarian BA.1 Omicron.

Syarikat itu berkata vaksinnya yang dikemas kini berfungsi dengan baik terhadap subvarian Omicron, dan ia sedang bergerak ke hadapan dengan rancangan untuk meminta kelulusan pengawal selia.

Penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) dijadualkan bertemu pada Selasa (28 Jun) bagi membincangkan sama ada untuk mengemas kini vaksin Covid-19 untuk musim gugur.

Suntikan dos yang dikemas kini mungkin akan direka bentuk semula untuk memerangi varian Omicron, kata pakar. – Agensi

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok