Varian Omicron: Jakarta, Bali kembali dikenakan PPKM Tahap Dua

November 30, 2021 · Dunia

Jakarta dan Bali kembali diletakkan di bawah perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Tahap Dua, susulan kebimbangan penularan varian baharu Covid-19, Omicron, tatkala penduduk Indonesia mula mengabaikan beberapa protokol yang ditetapkan.

“Jakarta dan Bali kembali diletak di bawah PPKM Tahap Dua sehingga 13 Disember,” kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut B Pandjaitan hari ini. Beliau menjadi penyelaras menangani pandemik Covid-19 bagi Pulau Jawa dan Bali.

Kedua-dua wilayah itu sebelum ini diletakkan di bawah PPKM Tahap Satu.

Di bawah PPKM Tahap Dua, kakitangan pejabat perlu dikurangkan kepada 50 peratus untuk sektor perniagaan awam, manakala perkhidmatan perlu seperti telekomunikasi, logistik dan kewangan boleh membenarkan 75 peratus kakitangannya bertugas di pejabat.

Pasar dan pasar raya juga boleh dibuka pada 75 peratus kapasiti. Semua gerai, restoran dan pusat beli-belah mesti mengehadkan bilangan pengunjung kepada 50 peratus kapasiti dan ditutup pada jam 9 malam.

Aktiviti hiburan dan sukan serta majlis perkahwinan dihadkan kepada 50 peratus kapasiti, manakala taman awam hanya dibenarkan menerima 25 peratus pelawat.

“Kita perlu berwaspada dengan melaksanakan semula protokol kesihatan yang sudah mula diabaikan.

“Kita mesti berhati-hati dengan sebarang tanda peningkatan kes dan pergerakan, terutama ketika tempoh Krismas, supaya tiada jangkitan besar-besaran,” katanya.

Laporan awal dari Afrika Selatan – negara yang mula-mula mengenal pasti dan melaporkan varian itu – mencadangkan bahawa varian Omicron boleh menular lima kali lebih pantas daripada varian sebelumnya. Ia mempunyai risiko jangkitan semula yang lebih tinggi, menimbulkan kebimbangan besar kepada negara-negara di seluruh dunia.

Beberapa negara seperti, seperti United Kingdom, Kesatuan Eropah, dan Amerika Syarikat, telah melaksanakan larangan perjalanan terhadap Afrika.

Indonesia juga telah mengenakan larangan perjalanan ke atas pelancong yang tiba untuk meminimumkan risiko varian Omicron.

Warganegara Indonesia yang pulang dari luar negara dibenarkan memasuki negara itu mengikut protokol kesihatan yang ketat. Warga asing yang, dalam tempoh dua minggu lalu, telah melawat negara atau wilayah yang melaporkan kes berkaitan varian Omicron, tidak dibenarkan masuk.

Berita mengenai larangan serta-merta yang dikenakan itu mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap varian baharu berkenaan. Bagaimanapun, Luhut menasihat orang ramai supaya tidak panik, tetapi kekal mematuhi protokol yang ditetapkan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok