Varian Delta Plus Covid-19 mula tersebar di Indonesia

July 29, 2021 · Dunia

Pihak berkuasa perubatan Indonesia mengesan tiga kes baharu jangkitan Covid-19 disebabkan varian Delta Plus atau AY1, sekali gus mencetuskan kebimbangan kakitangan kesihatan di republik itu.

Pengarah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Indonesia, Dr Siti Nadia Tarmizi berkata dua kes varian itu dikesan di wilayah Jambi di Pulau Sumatera dan satu kes di Mamuju, Sulawesi Barat.

“Kes varian ini adalah penularan tempatan,” katanya.

“Kita temukan varian Delta Plus di Jambi dan Mamuju,” kata Pengarah Agensi Biologi Molekuler Eijkman, Prof Amin Subandrio yang mengesahkan perkara itu.

Varian Delta Plus adalah sub-garis keturunan dari varian Delta yang pertama kali dikesan di India.

Namun, varian baharu ini memiliki lonjakan mutasi protein yang disebut K417N iaitu protein yang memungkinkannya menjangkiti sel-sel sihat dalam tubuh badan.

Varian ini juga adalah keturunan sama dari varian Delta (B.161.7.2) yang ketika ini sedang mendominasi lonjakan kes di Jawa – pulau paling padat penduduk di Indonesia.

Varian baharu ini pertama kali wujud dalam data dunia nyata pada Mac lalu dan Agensi Kesihatan Awam United Kingdom (UK) mengkategorikannya sebagai varian di bawah perhatian.

Indonesia semalam mengesahkan sebanyak 47,791 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan di republik itu sudah mencapai lebih daripada 3.28 juta sejak Mac tahun lalu.

Kementerian Kesihatan Indonesia turut memaklumkan, jumlah kematian di republik itu melonjak sehingga 88,659 kes setelah hampir 1,824 kes kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Kes sembuh pula telah mencatatkan rekod tinggi apabila sebanyak 43,856 pesakit bebas daripada Covid-19, menjadikan jumlah kes sembuh melebihi 2.64 juta kes.

Bagaimanapun, jumlah kes aktif di republik itu masih pada tahap membimbangkan iaitu sebanyak 558,000 kes.

Melalui data dari Worldometer, jumlah kematian di Indonesia akibat Covid-19 adalah yang tertinggi di Asia Tenggara dan juga ketiga tertinggi di Asia selepas India dan Iran.

Ketua Eksekutif Tim Mitigasi Ikatan Doktor Indonesia (IDI), Mahesa Paranadipa turut memaklumkan bahawa angka kematian yang tinggi di republik itu mungkin disebabkan oleh kekurangan kemudahan kesihatan, sementara hampir seluruh hospital telah dipenuhi dengan pesakit lain. – Agensi

Berita berkaitan
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
6 jam lalu· Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Popular
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Lagi Dunia terkini
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022 · Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022 · Dunia
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022 · Dunia
Rakyat Kuwait mula mengundi pilih Parlimen baharu
September 29, 2022 · Dunia
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
September 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
16 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok