Varian Delta merebak 30% hingga 100% lebih cepat, kata pakar Britain

June 4, 2021 · Dunia

Ketika United Kingdom mengumumkan kosong kematian akibat Covid-19 di negara itu buat kali pertama tiga hari lalu, pakar Covid-19, Profesor Neil Ferguson memberi amaran bahawa Varian Delta, yang mula-mula dikesan bermutasi di India – kini berada di seluruh dunia dengan tahap penularanya antara 30 peratus hingga 100 peratus lebih cepat berbanding varian Alpha.

Pada permulaan pandemik itu melanda Britain, Ferguson yang juga ahli epidemiologi di Imperial College London menasihatkan kerajaan United Kingdom (UK) untuk mengambil langkah melaksanakan ‘lockdown’ pertama negara itu.

Memberitahu stesen radio 4 BBC hari ini beliau berkata pihaknya kini memperoleh lebih banyak data mengenai Varian Delta, tetapi bukan berita baik seperti yang dikehendakinya.

“Jangkaan terbaik sekarang ini ialah tahap penularan varian itu mencapai 60 peratus lebih pantas daripada Varian Alpha yang ditemukan di Kent,” katanya yang merujuk varian yang ditemukan di Kent, tenggara England.

Bagaimanapun terdapat beberapa ketidakpastian yang bergantung kepada andaian dan bagaimana menganalisis data, kecepatan varian itu merebak ialah antara kira-kira 30 peratus dan bahkan mungkin hingga 100 peratus.

Kenyataan beliau itu dibuat susulan rancangan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson untuk menarik balik sekatan Covid-19 di seluruh England pada 21 Jun ini.

Bagaimanapun dalam kenyataan terbaharunya, Johnson melahirkan kebimbangan kemungkinan penularan Varian Delta akan menyebabkan rancangan itu ditangguh.

Ahli panel penasihat kerajaan Dr Mike Tildesley pula berkata rancangan menarik balik sekatan pada 21 Jun ini adalah satu keputusan yang sukar untuk dibuat.

“Saya rasa soalan yang perlu dijawab oleh kerajaan, dan saya tidak dapat menjawabnya ialah jika kes menunjukkan peningkatan, dan pastinya, kemasukan ke hospital serta kematian akan meningkat pada bulan-bulan akan datang, apa jenis perkhidmatan yang kerajaan akan pertingkatkan bagi membolehkan sekatan itu dibuka semula?,” katanya.

Katanya, sudah pasti jika pembukaan semula itu ditangguhkan kes jangkitan Covid-19 tidak akan sama dengan jika ‘lockdown’ itu dibatalkan. – Agensi

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok