Varian Delta boleh merebak dalam kelompok lengkap vaksinasi: Kajian

October 29, 2021 · Dunia

Individu yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 tetapi dijangkiti varian Delta dengan mudah boleh memindahkan virus itu kepada mereka yang rapat, terutama seisi keluarga.

Kajian Imperial College London menggambarkan bagaimana varian Delta yang sangat mudah berjangkit itu boleh merebak walaupun dalam populasi yang telah divaksin.

Bagaimanapun, penyelidik dengan tegas menyatakan hujah mereka bahawa vaksinasi adalah cara terbaik untuk mengurangkan jangkitan serius Covid-19, disusuli dengan keperluan mendapatkan suntikan penggalak.

Kajian yang diterbitkan pada Khamis, menunjukkan jangkitan dalam kalangan individu yang telah divaksin lebih cepat, dan kadar virus juga sama dengan orang yang tidak divaksin.

“Dengan melakukan persampelan berulang dan kerap daripada kontak kes Covid-19, kami mendapati bahawa individu yang divaksin boleh memindahkan jangkitan dalam kalangan seisi rumah, termasuk mereka yang telah divaksin.

“Penemuan kami memberikan pandangan penting… kenapa varian Delta berterusan menyebabkan jumlah kes yang tinggi di seluruh dunia, walaupun di negara yang kadar vaksinasinya tinggi,” kata ketua bersama kajian itu, Dr Anika Singanayagam.

Kajian itu membabitkan 621 peserta dengan 205 isirumah atau kontak dijangkiti varian Delta – 38 peratus kontak tidak divaksin didapati positif setelah menjalani ujian, berbanding 25 peratus bagi kontak yang telah divaksin.

Kontak yang telah divaksin dan diuji positif secara purata telah menerima suntikan mereka lebih lama berbanding mereka yang diuji negatif, sekali gus menurut Dr Anika, membuktikan penurunan imuniti selain menyokong keperluan mendapatkan suntikan penggalak.

Ahli epidemiologi Imperial College, Neil Ferguson berkata kebolehjangkitan varian Delta bermakna Britain tidak akan mencapai “imuniti kelompok” untuk masa yang lama.

“Itu mungkin berlaku dalam beberapa minggu akan datang. Jika penularan semasa wabak memuncak dan kemudian mula merosot, kita mengikut definisi dalam beberapa segi telah mencapai imuniti kelompok, tetapi ia tidak akan menjadi perkara yang kekal.

“Kekebalan berkurangan dari semasa ke semasa – ia tidak sempurna, jadi anda masih mendapati penularan berlaku dan itulah sebabnya program penggalak adalah sangat penting,” katanya kepada media. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok