Varian baharu ‘IHU’ tidak perlu dibimbangi: WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum dapat mengenal pasti sama ada varian baharu Covid-19, IHU, perlu dibimbangi, tatkala Omicron yang lebih pantas menular, menjadi lebih dominan daripada Delta.

Menurut majalan Forbes, varian baharu B.1.640.2 dikenali sebagai ‘varian IHU’ oleh penyelidik Mediterraanee Infection University Hospital Institute (IHU) di Marseilles, yang pertama kali dikesan di Perancis pada November lalu.

Selain itu, pada Disember lalu, penyelidik mengesahkan 12 individu disahkan positif varian itu yang memiliki mutasi, di mana ia turut dikesan dalam penularan yang pantas seperti varian lain.

Sementara itu, majalah TME turut melaporkan walaupun varian IHU ini dikesan pada masa yang sama dengan Omicron, varian berkenaan tidak dikesan di tempat lain selain di wilayah selatan Alps di Perancis.

WHO turut memaklumkan, varian IHU sudah dikesan di kebanyakkan tempat tetapi ia masih tidak dianggap sebagai varian menarik perhatian atau varian yang membimbangkan (VoC).

“Virus baharu itu memiliki banyak peluang untuk menjangkiti,” jelas Pengurus Pasukan Sokongan Pengurusan Insiden COVID-19 WHO, Abdi Mahamud.

Pakar kesihatan dunia berpendapat lebih banyak varian baharu akan muncul apabila kes Covid-19 semakin melonjak, tetapi akan kekal sebagai varian yang tidak menarik perhatian. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR