Varian baharu Covid-19: New York isytihar darurat mulai Jumaat depan

November 27, 2021 · Dunia

Tatkala kebimbangan semakin memuncak di seluruh dunia susulan pengesanan dan penularan varian baharu Covid-19 – Omicron – di beberapa negara Afrika, Gabenor New York, Kathy Hochul mengisytiharkan darurat di kota raya itu.

Perisytiharan itu sekali gus memberi beliau kuasa untuk mengarahkan hospital mengehadkan prosedur yang tidak penting untuk meningkatkan kapasiti dan kemudahan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara rasmi menamakan varian baharu itu, Omicron, dan mengkategorikannya sebagai ‘varian of concern’ (VOC).

Dengan mengkategorikannya sebagai VOC, bermakna varian itu mempunyai mutasi yang mungkin menjadikannya lebih menular atau lebih ganas, atau menjadikan vaksin dan langkah pencegahan yang dilaksanakan di seluruh dunia sekarang kurang berkesan.

Perisytiharan darurat di New York, di mana ribuan pesakit Covid-19 meninggal dunia tahun lalu, akan mula berkuat kuasa Jumaat depan. Ia jauh berbeza daripada sekatan ketat dikenakan ke atas warga kota itu pada peringkat awal wabak berkenaan.

Namun, tindakan pantas Hochul bukan sahaja menjadi salah satu usaha untuk mengurangkan peningkatan jumlah jangkitan baharu di kota berkenaan dalam beberapa minggu lalu, tetapi juga berkaitan varian Omicron, yang mencetuskan tindakan beberapa negara untuk menghalang kemasukan pengembara dari Afrika Selatan.

“Kita terus melihat tanda-tanda amaran kenaikan (jangkitan) pada musim sejuk yang akan datang ini, dan sementara varian Omicron masih belum dikesan di negeri New York… ia akan datang,” katanya dalam kenyataan sambil menambah vaksinasi kekal menjadi alat penting untuk melawat virus.

Jumlah kes positif di New York telah meningkat baru-baru ini, walaupun kadar vaksinasi telah bertambah baik, dengan beberapa daerah merekodkan kadar positif lebih daripada 10 peratus.

Dalam tempoh dua minggu sebelum Thanksgiving Day, purata harian kes baharu yang dilaporkan di New York meningkat 37 peratus, kepada 6,666 kes, menurut pangkalan data New York Times.

Lebih daripada 56,000 orang telah meninggal dunia akibat jangkitan itu di New York. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok