Vaksinasi rawatan terbaik di saat pandemik Covid-19

Ketika dunia kini sedang bergelut menghadapi hampir lima juta kematian akibat Covid-19, masa depan pandemik kini hanya bergantung sepenuhnya kepada kadar vaksinasi.

Angka sebenar kematian yang dilaporkan dipercayai lebih tinggi daripada angka rasmi mengikut laporan harian disediakan pihak berkuasa bagi setiap negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati angka kumulatif kes kematian akibat Covid-19 adalah dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding rekod rasmi kerana kematian sebenar lebih banyak dikaitkan dengan wabak itu.

Menurut majalah The Economist, angka kematian yang lebih tinggi dan merumuskan sekitar 17 juta penduduk dunia terkorban akibat Covid-19.

“Pada pendapat saya, jumlah itu dipercayai lebih tinggi dari nilai sebenar.

“Jumlah korban sebenar mungkin lebih dramatik kerana tiada faktor keselamatan yang diambil, melibatkan sekatan pergerakan dan kadar vaksinasi,” jelas pakar epidemiologi Institut Pasteur, Prof Arnaud Fontanet.

Jelasnya, kewujudan virus ini biasanya terjadi dalam dua tahap, pertama adalah ‘ledakan fasa epidemik’ apabila virus merebak melalui populasi yang tidak pernah dijangkiti sebelum ini.

Tahap kedua pula melibatkan ‘fasa penyelesaian’ apabila imuniti mula terbentuk dan fasa pandemik ini beralih kepada endemik.

Tambahnya, pertama kali dalam sejarah pandemik dunia, usaha vaksinasi dilakukan pada skala global bagi mempercepatkan pemulihan bagi wabak Covid-19 di antara dua tahap tersebut.

Menurut pakar virologi dari French Institute, Jean-Claude Manuguerra memaklumkan wabak Covid-19 ‘menjadi penyebab banyak korban dalam tempoh yang singkat’.

Namun, angka korban disebabkan Covid-19 adalah lebih rendah berbanding sejarah pandemik sebelum ini seperti Selesema Sepanyol (Spanish Flu) disebabkan virus novel lain dan menyebabkan 50 hingga 100 juta populasi dunia terkorban pada tahun 1918 hingga 1919.

BERITA BERKAIT
POPULAR