Vaksin Pfizer halang varian Delta enam bulan: Kajian

October 5, 2021 · Dunia

Keberkesanan vaksin Pfizer Inc dalam mencegah jangkitan Covid-19 menurun kepada 47 peratus daripada 88 peratus enam bulan selepas dos kedua, menurut data yang diterbitkan pada semalam yang menjadi pertimbangan Amerika Syarikat (AS) dalam membuat keputusan mengenai suntikan dos penggalak.

Data, yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet, sebelumnya telah dikeluarkan pada Ogos untuk penelitian pihak lain.

Analisis menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin Pfizer dalam mencegah kemasukan ke hospital dan kematian tetap tinggi pada 90 peratus selama sekurang-kurangnya enam bulan, bahkan terhadap varian Delta yang sangat mudah menular.

Data menunjukkan bahawa penurunan itu disebabkan oleh keberkesanan vaksin yang semakin berkurang, dan bukannya varian yang lebih menular, kata penyelidik.

Penyelidik dari Pfizer dan Kaiser Permanente mengkaji rekod kesihatan elektronik kira-kira 3.4 juta individu yang menjadi anggota Kaiser Permanente California Selatan antara Disember 2020 – ketika vaksin pertama kali tersedia – dan Ogos 2021.

“Analisis khusus varian kami dengan jelas menunjukkan bahawa vaksin (Pfizer/BioNTech) berkesan terhadap semua varian yang menjadi perhatian, termasuk Delta,” kata Luis Jodar, naib presiden kanan dan ketua pegawai perubatan Pfizer.

Kajian mendapati keberkesanan vaksin terhadap varian Delta adalah 93 peratus selepas bulan pertama, menurun menjadi 53 peratus selepas empat bulan. Keberkesanan terhadap varian lain turun kepada 67 peratus dari 97 peratus.

Dalam tempoh tiga ke empat bulan, mereka yang lengkap divaksin masih memiliki perlindungan sehingga 73 peratus bagi mencegah jangkitan dan 90 peratus terhindar daripada dimasukkan ke hospital apabila dijangkiti.

Namun, selepas tempoh 5 bulan perlindungan jangkitan terutamanya dari varian Delta akan menurun kepada 40 peratus, untuk menghalang kemasukan ke hospital, melibatkan jangkitan semua varian dan kekal tinggi selepas tempoh kajian.

“Hasil kajian ini menemukan kepentingan untuk memantau keberkesanan vaksin dalam tempoh tertentu dan menggalakkan pemberian dos ketiga bagi meningkatkan kadar pelindungan seperti yang dinyatakan pada awal program vaksinasi,” jelas kajian itu.

Ogos lalu, AS meluluskan suntikan dos penggalak kepada individu yang mempunyai masalah sistem kekebalan badan, manakala Perancis pula mengambil keputusan untuk memberikan dos ketiga kepada semua golongan warga tua.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bulan lalu, mendapati perlindungan vaksin sekarang adalah mencukupi bagi menghalang jangkitan Covid-19.

WHO menggesa agar pemberian suntikan dos penggalak ditangguhkan buat sementara waktu sehingga akhir tahun ini bagi menyelesaikan isu pengagihan vaksin yang tidak sama rata antara negara miskin dan kaya.

Badan dunia itu juga berpendapat, pengambilan dos penggalak buat masa ini untuk semua penduduk dunia disifatkan sebagai bukan keperluan. – Agensi

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Briged Al-Qassam cabar Israel serang habis-habisan jika berani
May 13, 2021
Jemaah umrah antara 104 kes positif varian Omicron di Thailand
December 23, 2021
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
21 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok