Vaksin Pfizer kurangkan risiko kanak-kanak masuk hospital: CDC

Kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 adalah 68 peratus kurang berkemungkinan dimasukkan ke hospital ketika gelombang Omicron di Amerika Syarikat (AS) berbanding kanak-kanak yang tidak divaksinasi, menurut kajian yang diterbitkan pada Rabu (30 Mac).

Remaja berumur 12-18 yang menerima dua suntikan vaksin pula adalah sekitar 40 peratus kurang dimasukkan ke hospital dengan varian Omicron, menurut kajian yang diketuai saintis Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dan Boston Children’s Hospital.

Ia telah diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.

Risiko lebih serius, termasuk keperluan untuk bantuan pernafasan mekanikal atau kematian, hampir 80 peratus lebih rendah bagi mereka yang menerima suntikan dalam kumpulan umur tersebut.

“Jangkitan seperti Covid dan jangkitan pernafasan mempunyai pelbagai tahap keterukan,” kata penyelidik CDC Dr Manish Patel. “Tetapi tindakan terhadap penyakit yang teruk masih boleh dikekalkan.”

Kajian itu melihat pesakit yang divaksinasi dan tidak divaksinasi dengan dan tanpa Covid-19 di 31 hospital di 23 negeri.

Vaksin itu menunjukkan prestasi lebih baik terhadap varian Delta, yang merebak tahun lalu. Keberkesanan vaksin terhadap kemasukan ke hospital dalam kalangan remaja apabila varian itu menjadi dominan adalah sekitar 93 peratus, menurut kajian.

Keputusan kajian CDC adalah baik untuk kumpulan umur yang lebih muda berbanding kajian yang diterbitkan oleh penyelidik New York pada Februari.

Kajian mendapati vaksin itu adalah sekitar 48 peratus berkesan dalam menjauhkan kanak-kanak dari hospital, dengan keberkesanan 73 peratus terhadap kemasukan ke hospital dalam kalangan remaja pada Januari 2022.

“Kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai penyakit kritikal tidak diberi vaksin,” kata Dr Patel. “Dan kita sepatutnya dapat mencegahnya dengan tindakan vaksinasi yang mudah.” – Reuters

BERITA BERKAIT
POPULAR