Vaksin Covid-19: Pfizer mohon suntik kanak-kanak seawal 5 tahun

October 8, 2021 · Dunia

Pfizer Inc dan BioNTech SE mengemukakan permohonan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) bagi membenarkan penggunaan kecemasan vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun – kumpulan yang kini belum dibenar disuntik vaksin Covid-19, kata Pfizer pada Khamis.

FDA menetapkan 26 Oktober ini bagi panel penasihat luarnya untuk bertemu dan membincangkan permohonan tersebut, memungkinkan kanak-kanak dalam kumpulan usia itu – berjumlah sekitar 28 juta – untuk mula menerima suntikan dua dos Pfizer tidak lama lagi.

“Dengan kes-kes baharu dalam kalangan kanak-kanak di AS terus berada pada tahap yang tinggi, permohonan ini merupakan langkah penting dalam usaha berterusan kami melawan Covid-19,” kata Pfizer dalam kenyataan.

Pfizer/BioNTech sebelum ini telah memperoleh kebenaran FDA bagi kegunaan kecemasan terhadap remaja berusia 12 hingga 15 tahun, dan kelulusan penuh bagi belia berumur 16 tahun ke atas.

Vaksin Pfizer/BioNTech adalah salah satu daripada tiga yang digunakan di AS, selain Moderna dan vaksin dos tunggal Johnson & Johnson (J&J), kedua-duanya tidak mendapat kelulusan penuh bagi mana-mana kumpulan umur.

Kelulusan Pfizer/BioNTech yang cepat kepada kanak-kanak dapat membantu mengurangkan kemungkinan peningkatan kes dalam beberapa minggu dan bulan mendatang, dengan sekolah dibuka di seluruh negara.

Sekiranya diberi kebenaran, vaksin Pfizer/BioNTech dua dos akan menjadi suntikan Covid-19 pertama yang disediakan untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun di AS.

Vaksin Pfizer/BioNTech setakat ini telah terbukti mendorong tindak balas imun yang kuat kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun dalam percubaan klinikal terhadap 2,688 peserta.

Syarikat itu juga menjalankan ujian klinikal vaksin berkenaan kepada kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, dan enam bulan hingga dua tahun, dengan data bakal diperoleh pada suku keempat tahun ini.

Kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 pada masa ini merangkumi sekitar 27 peratus daripada semua kes, sekali gus mencerminkan penularan varian Delta dalam kalangan individu tidak divaksin, menurut Akademi Pediatrik Amerika. – Reuters

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok