Vaksin CanSinoBIO buatan China dapat kelulusan WHO

May 20, 2022 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 CanSinoBIO buatan China – vaksin kesembilan yang mendapat kelulusan badan tersebut.

WHO memberikan kebenaran penyenaraian penggunaan kecemasan (EUL) kepada satu dos vaksin Convidecia ketika China sedang bergelut dalam membendung penularan semula virus tersebut akibat varian Omicron.

Ia merupakan vaksin buatan China ketiga yang diluluskan oleh agensi kesihatan PBB, selepas Sinovac dan Sinopharm.

Convidecia didapati mempunyai 64 peratus keberkesanan terhadap penyakit bergejala dan 92 peratus keberkesanan terhadap Covid-19 yang teruk, kata WHO.

“Vaksin itu memenuhi piawaian WHO untuk perlindungan terhadap Covid-19 dan… manfaat vaksin itu jauh melebihi risiko,” kata agensi kesihatan PBB dalam satu kenyataan.

Pakar vaksin WHO mengesyorkan kegunaannya bagi mereka berumur 18 tahun ke atas.

Convidecia boleh digunakan sebagai dos penggalak selepas siri utama lengkap menggunakan mana-mana vaksin EUL Covid-19 yang lain, kata WHO.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok