Vaksin buatan Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia

July 19, 2022 · Dunia

Vaksin Covid-19 buatan Bangladesh telah mendapat kelulusan bagi fasa pertama ujian ke atas manusia, lapor Xinhua.

Vaksin Bangavax, yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal tempatan Globe Biotech, menerima kelulusan daripada Direktorat Jeneral Pentadbiran Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga pada Ahad selepas pihak berkuasa berkaitan menyemak semua ujian klinikal yang pernah dilaksanakan sebelum ini, lapor Bernama.

“Kami telah mendapat kelulusan untuk ujian klinikal fasa pertama Bangavax,” kata pegawai kanan Globe Biotech, Mohammad Mohiuddin kepada pemberita.

Beliau berkata ujian vaksin Covid-19 ke atas 60 sukarelawan yang sihat tubuh badan akan dijalankan di hospital Universiti Perubatan Sheikh Mujib Bangabandhu di Dhaka.

Pada November lepas, Bangavax, vaksin satu dos Covid-19, mendapat kelulusan daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Bangladesh untuk diuji ke atas 64 peserta dewasa yang sihat.

Sebelum ini, Globe Biotech memohon kelulusan untuk menjalankan ujian terhadap manusia pada 1 Nov lepas dan ujian ke atas monyet sebelum ini mendapati vaksin itu memberi “keputusan yang memberangsangkan”.

Vaksin itu dilaporkan boleh disimpan pada suhu 4 darjah Celsius untuk tempoh sebulan dan mampu bertahan hingga enam bulan jika disimpan pada suhu -20 darjah Celsius.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok