Untuk stabilkan mata wang Rupee, Sri Lanka cari pelabur asing

April 24, 2022 · Dunia

Sri Lanka sedang mencari pelabur yang boleh membawa masuk lebih US$2 bilion ke dalam bank pusat, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Menteri Kewangan Ali Sabry pada Jumaat.

Menurut Sabry dalam beberapa bulan akan datang keadaan akan menjadi lebih sukar buat rakyat Sri Lanka, lapor Bernama.

“Keadaan kian getir Sri Lanka perlu menarik pelaburan dalam dolar US ke dalam bank pusat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang berbincang dengan beberapa negara untuk mendapatkan dana secepat mungkin.

“Jika usaha itu berjaya dan wang masuk ke bank pusat, ia akan membantu menghentikan kejatuhan nilai dan menstabilkan rupee,” katanya.

Minggu lalu, kerajaan Sri Lanka memutuskan untuk menangguhkan sementara pembayaran balik semua hutang sehingga ia mempunyai program penstrukturan semula hutang yang teratur dan konsensual yang disokong oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023· Isu semasa
Setiap hari beri gambaran negatif kepada negara, pelabur pun lari: Noh
July 16, 2023· Politik
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok