
Thailand.
Umat Islam di Thailand akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, umum Sheikul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon, lapor Bernama.
Pengumuman itu juga sama dengan Malaysia dan Indonesia yang menyambut hari raya pada Isnin, selain Singapura sahaja menyambut Aidilfitri pada Selasa.
“Seperti yang diumumkan kepada umat Islam Thai di seluruh negara tarikh untuk melihat anak bulan baharu selepas matahari terbenam pada Ahad, 1 Mei, bagi menandakan hari pertama Syawal, disahkan bahawa anak bulan baharu telah kelihatan.
“Jadi, dengan ini, saya mengisytiharkan Isnin, 2 Mei sebagai hari pertama Aidilfitri,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.