Ukraine rayu Russia benar bantuan masuk ke Mariupol, orang awam keluar

March 22, 2022 · Dunia

Kyiv merayu kepada Moscow pada Selasa (22 Mac 2022) untuk membenarkan bekalan kemanusiaan ke Mariupol dan membolehkan orang awam yang terdesak, keluar dari bandar yang terkepung dan dikatakan Presiden Ukraine Volodymr Zelensky, telah musnah akibat pengeboman Russia.

Mariupol, bandar pelabuhan di Laut Azov dihuni 400,000 penduduk sebelum Russia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu, telah dikepung selama berminggu-minggu. Pegawai berkata ia tidak mempunyai makanan, ubat, bekalan elektrik atau air.

“Tiada apa-apa lagi di sana,” kata Zelensky dalam ucapan video kepada Parlimen Itali.

Ketika beliau bercakap, pihak majlis perbandaran memberitahu tentera Russia menjatuhkan dua bom besar di Mariupol, tetapi tidak memberikan butiran mengenai kematian atau kerosakan. Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu secara bebas.

“Sekali lagi jelas bahawa Russia tidak berminat dengan bandar Mariupol. Mereka mahu meratakannya dan menjadikannya tanah mati,” kata majlis itu dalam satu kenyataan.

Russia menafikan menyasarkan orang awam dan menyalahkan Ukraine atas kegagalan berulang kali untuk mewujudkan laluan selamat bagi membolehkan penduduk Mariupol keluar.

Ukraine mengingkari kata dua supaya bandar itu menyerah menjelang subuh pada Isnin sebagai syarat untuk tentera Russia membenarkan orang awam keluar dengan selamat.

“Kami menuntut pembukaan koridor kemanusiaan untuk orang awam,” kata Timbalan Perdana Menteri Iryna Vereshchuk di televisyen Ukraine pada Selasa.

“Tentera kami mempertahankan Mariupol dengan berani. Kami tidak menerima kata dua. Mereka menawarkan penyerahan diri di bawah bendera putih. Ini adalah manipulasi, pembohongan.”

Vereshchuk berkata Mariupol adalah fokus utama usaha pemindahan tetapi tentera Russia juga menghalang bekalan kemanusiaan sampai kepada penduduk di bandar selatan Kherson yang diduduki.

Russia menggelar tindakan ketenteraannya ke atas Ukraine sebagai “operasi ketenteraan khas” untuk melucutkan senjata dan melindunginya daripada “Nazi”. Barat menyebut ini sebagai alasan palsu untuk perang tanpa provokasi.

Menawan Mariupol akan membolehkan tentera Russia mendapatkan koridor darat ke semenanjung Crimea yang ditawan Moscow dari Ukraine pada 2014.

Sebahagian daripada Mariupol yang dikuasai oleh tentera Russia kini menjadi kawasan terbiar yang menakutkan, kata Reuters yang sampai ke sana pada Ahad.

Berita berkaitan
Tarif elektrik bagi T20 perlu dikaji kerana mereka mampu bayar, kata Menteri
February 23, 2023· Isu semasa
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022· Dunia
Pengguna terkesan gangguan elektrik boleh dapat rebat: Takiyuddin
July 30, 2022· Isu semasa
TNB sahkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan, sedang pulihkan
July 27, 2022· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Payudara bengkak selepas suntikan Pfizer, bukan membesar: Laporan
July 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok