Ukraine nafi terlibat serang depoh minyak dalam wilayah Russia

April 2, 2022 · Dunia

Moscow menuduh Ukraine melakukan serangan udara terhadap depoh bahan api di bandar Belgorod dalam wilayah Russia pada Jumaat, insiden yang dikatakan Kremlin boleh menjejaskan rundingan damai, tetapi seorang pegawai keselamatan tertinggi Kyiv menafikannya.

Kementerian pertahanan Russia berkata dua helikopter Ukraine melancarkan serangan ke atas kemudahan di Belgorod, kira-kira 35 km (22 batu) dari sempadan dengan Ukraine, selepas memasuki Russia pada ketinggian yang sangat rendah kira-kira ja 5 pagi waktu Moscow (0200 GMT).

Serangan itu mencetuskan kebakaran besar memaksa beberapa penduduk dipindahkan tetapi pada lewat semalam Datuk Bandar Belgorod Anton Ivanov berkata bomba sedang memadamkan saki-baki api.

“Tiada ancaman kepada nyawa dan kesihatan manusia. Semua penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Pegawai keselamatan tertinggi Ukraine menolak tuduhan Kremlin – serangan pertama ke atas wilayah Russia sejak Moscow melancarkan pencerobohannya pada 24 Februari. Belgorod ialah salah satu hab logistik utama Russia untuk perang itu.

“Atas sebab tertentu mereka mengatakan bahawa kami melakukannya, tetapi menurut maklumat kami ini tidak sesuai dengan realiti,” kata Setiausaha Majlis Keselamatan Oleksiy Danilov.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine, Oleksandr Motuzyanyk berkata beliau tidak akan mengesahkan atau menafikan peranan Ukraine.

“Ukraine kini sedang menjalankan operasi pertahanan menentang pencerobohan Russia di wilayah Ukraine, dan ini tidak bermakna Ukraine bertanggungjawab untuk setiap bencana di wilayah Russia,” katanya.

“Saya tidak dapat mengesahkan atau menafikan kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata insiden itu boleh menjejaskan rundingan antara wakil Russia dan Ukraine.

“Sudah tentu, ini bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai mewujudkan keadaan selesa untuk meneruskan rundingan,” kata Peskov kepada pemberita di Moscow. – Agensi

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok