Ukraine bertindak putus hubungan diplomatik dengan Korea Utara

July 14, 2022 · Dunia

Ukraine pada Rabu memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara selepas negara itu mengiktiraf kemerdekaan wilayah Donetsk dan Luhansk.

“Ukraine hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara sebagai tindak balas kepada keputusannya mengiktiraf ‘kemerdekaan’ wilayah yang diduduki sementara Rusia di wilayah Donetsk dan Luhansk di Ukraine,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko di Twitter.

Donetsk dan Luhansk – merupakan sebahagian daripada wilayah Donbas di timur Ukraine – telah menjadi lokasi puak pemberontak yang disokong Rusia sejak 2014, apabila Rusia mengilhakan semenanjung Crimea, Ukraine.

Presiden Rusia Vladimir Putin mengiktiraf “kemerdekaan” Donetsk dan Luhansk sejurus sebelum bermulanya operasi ketenteraan Moscow di Ukraine pada 24 Feb.

Seperti Crimea, Donbas kekal diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian wilayah Ukraine, dan angkatan tentera negara itu terus memperjuangkannya.

Hampir 4,900 orang awam terbunuh di Ukraine sejak krisis bermula, menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sementara itu, lebih 15 juta rakyat Ukraine terpaksa meninggalkan kediaman, dan lebih 8.4 juta penduduknya telah melarikan diri ke negara lain.

Berita berkaitan
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Bom, tangki minyak terbakar punca jambatan Russia-Crimea roboh
October 8, 2022· Dunia
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
October 6, 2022· Politik
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok