UK mungkin kerah tentera hantar bahan bakar ke stesen minyak

September 28, 2021 · Dunia

Kerajaan Britain memperkenalkan beberapa langkah baharu dalam usaha membantu meredakan krisis bahan bakar yang melanda negara itu, sekali gus menyaksikan barisan panjang di luar stesen minyak ketika pengguna bergegas mengisi tangki kenderaan mereka.

Langkah itu, yang diharap dapat mengurangkan tekanan ke atas rantaian bekalan dan lonjakan permintaan bahan bakar, mungkin akan menyebabkan pihak tentera menggalas tanggungjawab yang biasanya diletakkan di bahu pemandu trak.

Namun, dengan Brexit dan pandemik Covid-19, sistem dan perkhidmatan logistik United Kingdom (UK) runtuh hingga menjejaskan penghantaran bahan bakar ke seluruh negara itu.

“Walaupun industri bahan bakar mengharapkan permintaan akan kembali ke tahap normal dalam beberapa hari akan datang, adalah tepat kita mengambil langkah berjaga-jaga yang wajar ini. Britain mesti terus mempunyai bekalan bahan bakar yang mencukupi.

“Namun, kami menyedari masalah rantaian bekalan di stesen minyak dan mengambil langkah untuk mengurangkan beban itu.

“Sekiranya diperlukan, anggota tentera akan dikerah menyediakan rantai bekalan dengan kapasiti tambahan sebagai langkah sementara untuk membantu meringankan tekanan yang disebabkan oleh lonjakan permintaan,” kata Setiausaha Perniagaan UK, Kwasi Kwarteng dalam satu kenyataan.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan, pemandu lori tangki Tentera Darat Britain berada dalam keadaan siap sedia sekiranya dikerahkan untuk menghantar bekalan bahan bakar ke semua stesen minyak di seluruh negara.

“Unit itu akan diberi latihan khusus sebelum mereka dikerah membantu bagi memastikan kelancaran urusan menyalurkan bekalan,” kata kementerian itu.

“Anggota tentera Britain bersedia untuk menangani masalah kekurangan pengangkutan bagi menghantar bahan bakar. Saya telah membenarkan persediaan tambahan dilakukan supaya bantuan segera diberikan sekiranya perlu,” kata Setiausaha Pertahanan, Ben Wallace.

Tindakan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) menyaksikan sebilangan pekerja Eropah meninggalkan sektor ekonomi utama, termasuk pengangkutan.

Susulan itu kekurangan pemandu lori tangki menyebabkan ketidakseimbangan pengedaran bahan bakar ke seluruh Britain.

Pandemik Covid-19 dan penutupan negara itu sebelum ini juga memainkan peranan besar dalam mempengaruhi bekalan dan pengedaran bahan bakar, setelah ekonomi terhenti dan pekerja diberhentikan.

Sektor pengangkutan dan pengedaran di Britain terjejas teruk oleh wabak tersebut, yang juga mengakibatkan krisis penghantaran bahan bakar yang berlaku sekarang ini. – Agensi

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Dikecam kenyataan minyak turun esok, PMX kata sekarang konteks sudah berbeza
October 16, 2023· Isu semasa
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok