UK enggan laksana sekatan semula walaupun kes meningkat

October 21, 2021 · Dunia

Setiausaha Kesihatan United Kingdom (UK), Sajid Javid menegaskan sekatan semula tidak akan dilaksanakan walaupun didesak oleh pakar perubatan bagi membendung penularan Covid-19 ekoran kes jangkitan harian di negara itu yang semakin meningkat.

Sebaliknya, Javid menggesa rakyatnya supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kekal berjaga-jaga.

Javid turut memberi peringatan, sekatan hanya akan dilaksanakan semula apabila rakyat enggan divaksin.

Peringatan tersebut dibuat untuk mengingatkan orang ramai bahawa kemungkinan akan terjadi lonjakan kes jangkitan Covid-19 menjelang musim sejuk ini.

Kerajaan UK turut memberi amaran kemungkinan kes harian Covid-19 di negara itu dapat mencecah angka 100,000 kes menjelang musim sejuk ini.

Javid turut memaklumkan, kedatangan musim sejuk kali ini akan menimbulkan ‘ancaman besar’ untuk pemulihan pandemik di negara itu.

Beliau berkata, jangkitan harian akan mencapai 100,000 kes sehari, namun belum tiba masanya untuk melaksanakan kembali sekatan dalam masa terdekat.

“Kita tidak boleh bersikap ambil mudah kerana Covid-19 masih kekal menjadi ancaman. Sejak bermulanya program vaksinasi pada musim sejuk lalu, kita seperti dalam perlawanan, perlawanan antara vaksin dan virus itu.

“Dan walaupun sekarang kita sudah hampir menang, jaraknya semakin hampir. Kita sudah berjaya hingga ke tahap ini, terima kasih atas usaha banyak pihak.

“Tetapi dengan keadaan musim sejuk yang semakin dekat ini, kita tidak boleh menggagalkan usaha kita kali ini,” jelas Javid di London semalam.

Kenyataan ini dilakukan disaat negara ketika ini sedang mendesak jutaan rakyatnya untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.

Sehingga kini, lebih 80 peratus dari populasi berumur 12 tahun dan ke atas sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19, manakala jutaan rakyatnya sudah ditawarkan suntikan dos penggalak.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa mendakwa program vaksinasi suntikan dos penggalak berjalan agak perlahan.

Kelmarin, United Kingdom melaporkan 43,324 kes baharu dengan 223 kematian akibat jangkitan Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok