UK digesa isytihar Islamophobia sebagai jenayah

April 7, 2021 · Dunia

Pada malam 29 April 2013, Mohammed Saleem, seorang datuk yang telah bersara, berjalan pulang selepas mendirikan solat di masjid berhampiran tempat tinggalnya di Small Heath, di pinggir bandar Birmingham, United Kingdom (UK).

Pada usia 82 tahun, dia terpaksa menggunakan tongkat.

Tiba-tiba Pavlo Lapshyn, 25 tahun, seorang pelajar PhD dari Ukraine, menikam Mohammed Saleem tiga kali di belakangnya menggunakan pisau memburu, langsung menyebabkan kematian lelaki tua itu.

Darah mengalir himpir ke seluruh badannya.

Pada Jun dan Julai, Lapshyn, lelaki kulit putih yang kerap melontarkan kata-kata rasis untuk memanaskan lagi konflik perkauman, menanam bom di luar tiga buah masjid di wilayah West Midlans, menyasarkan waktu paling sibuk – solat Jumaat.

Dia kemudian ditangkap dan mengaku bersalah terhadap semua tuduhan mengikut Akta Bahan Letupan 1883, dan Akta Keganasan 2006. Dia sekarang sedang menjalani hukuman 40 tahun di penjara Britain.

Pembunuhan mengerikan, di mana Lapshyn melakukannya selepas lima hari tiba di UK menggunakan visa bekerja, mengejutkan komuniti Muslim di Britain.

Lebih 5,000 hadir pada pengebumiannya.

Tetapi, menurut anak perempuan Saleem, Maz Saleem, sesuatu yang lebih perlu dilakukan untuk mengakui bahawa Islamophobia adalah satu fenomena yang berbahaya.

Beliau kini menggesa kerajaan Britain untuk secara rasmi mengakui bahawa Islamophobia adalah satu jenayah.

“Kita mesti membincangkan semula Islamophobia, yang telah muncul lebih lama daripada perang melawan keganasan. Umat Islam diserang kerana cara penampilan dan pakaian mereka,” katanya.

Melalui kempen media sosialnya, beliau mendesak orang untuk memberikan kesaksian pengalaman mereka sendiri mengenai jenayah Islamofobia.

“Mohammed Saleem boleh menjadi salah seorang daripada kita. Sebab itu kami menjemput orang ramai untuk berkongsi pengalaman menggunakan tanda pagar #IAmMohammedSaleem,” katanya.

Beliau juga mahu Britain menetapkan definisi rasmi dalam undang-undang mengenai Islamofobia – langkah yang diharapkan akan menghentikannya. ‘Sekali dan untuk semua’.

Mohammed Saleem adalah bapa kepada tujuh anak dan mempunyai 23 cucu. Dia berhijrah ke UK dari Pakistan pada 1957 untuk membantu membangunkan semula negara itu selepas Perang Dunia Kedua.

“Dia akan bekerja selama tiga shif di kedai roti untuk memberi makan kepada kita semua. Dia adalah seorang yang baik, ramah dan rajin yang mengajar anak-anak perempuannya untuk sedar dan bersyukur kerana mempunyai rumah di UK,” katanya.

Mengikut laporan, jenayah kebencian terhadap umat Islam di UK meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan. – Agensi

Berita berkaitan
Sindiket pelaburan didalangi warga Britain tumpas, 81 individu ditahan
February 22, 2023· Isu semasa
Putera Harry mengaku bunuh 25 pejuang Taliban ketika operasi
January 6, 2023· Dunia
Sunak PM Britain paling kaya
October 26, 2022· Dunia
Tugas berat PM baharu Britain
October 25, 2022· Dunia
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok