UK beri e-rokok percuma bantu rakyat berhenti merokok

October 31, 2021 · Dunia

Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) United Kingdom (UK) bakal menjadi agensi kesihatan pertama di dunia yang akan memberi e-rokok (rokok elektronik) atau vape secara percuma kepada perokok.

Langkah itu dibuat dalam usaha untuk membantu orang ramai daripada berhenti merokok, dengan pengawal selia kesihatan bersetuju rokok elektronik itu boleh menjadi produk perubatan tetapi memerlukan lesen.

“Pengawal selia bersetuju bahawa peranti itu, yang mengandungi nikotin tetapi bukan tembakau, boleh menjadi produk perubatan berlesen,” lapor media England.

Susulan itu, pengeluar e-rokok boleh mengemukakan permohonan kepada Agensi Kawalan Ubat-Ubatan dan Kesihatan (MHRA) untuk penilaian dan kajian lanjut.

Jika diluluskan, UK akan menjadi negara pertama di dunia mengedar rokok elektronik secara percuma bagi membantu orang ramai berhenti merokok.

Setiausaha Kesihatan UK Sajid Javid berkata membuka pintu kepada rokok elektronik yang diluluskan NHS, berpotensi menangani kadar merokok yang tinggi di negara itu, selain membantu orang ramai berhenti merokok.

“Negara ini terus menjadi pemimpin kepada penjagaan kesihatan global, sama ada berkaitan Covid-19 atau langkah menyediakan perkhidmatan kesihatan awam yang inovatif yang mengurangkan risiko orang ramai mendapat penyakit serius,” katanya.

E-rokok mengandungi nikotin dan tidak bebas risiko, tetapi pakar percaya ia kurang berbahaya daripada merokok. E-rokok berlesen perlu lulus pemeriksaan keselamatan yang ketat. – Agensi

Berita berkaitan
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Kilang pengeluar vape digesa daftar dengan Kastam: MoF
April 2, 2023· Isu semasa
Harga cecair vape naik sehingga RM15 selepas kena cukai: Laporan
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok