UK bekal senjata antikereta kebal kepada Ukraine, hadapi Russia

January 18, 2022 · Dunia

Britain berkata negara itu mula membekalkan senjata antikereta kebal bagi membantu Kyiv mempertahankan diri daripada kemungkinan pencerobohan, ketika pertikaian dengan Russia yang telah mengumpulkan tentera berhampiran sempadan Ukraine berterusan.

Negara-negara Barat berkata mereka bimbang Russia sedang menyediakan alasan untuk serangan baharu ke atas Ukraine, yang pernah diceroboh pada 2014.

Moscow menafikan sebarang rancangan untuk serangan, tetapi berkata ia boleh mengambil tindakan ketenteraan melainkan Barat bersetuju dengan senarai tuntutan, termasuk melarang Ukraine daripada menyertai Pertubuhan Perjanjian Altantik Utara (NATO).

Perbincangan minggu lalu berakhir tanpa sebarang kejayaan. Kyiv telah meminta negara Barat untuk membekalkan senjata bagi membantunya melindungi dirinya.

“Kami telah mengambil keputusan untuk membekalkan Ukraine dengan sistem senjata pertahanan antiperisai ringan,” kata Setiausaha Pertahanan Britain Ben Wallace kepada Parlimen.

Beliau menjelaskan peralatan pertama sudah dihantar pada Isnin dan sebilangan kecil kakitangan Britain akan menyediakan latihan untuk tempoh masa yang singkat.

Beliau tidak memberitahu jumlah atau jenis senjata yang dihantar, tetapi berkata: “Ia bukan senjata strategik dan tidak menimbulkan ancaman kepada Russia. Ia digunakan untuk mempertahankan diri.”

“Ini adalah senjata jarak dekat…. tetapi ia akan membuatkan pihak tertentu berhenti seketika dan berfikir apa yang mereka lakukan dan jika kereta kebal bergerak ke Ukraine, menyerangnya, maka mereka akan menjadi sebahagian daripada mekanisme pertahanan.”

Menteri Pertahanan Ukraine Oleksii Reznikov mengalu-alukan pengumuman Wallace.

“Ukraine sangat menghargai keputusan Britain untuk menyediakan pakej keselamatan baharu dengan sistem senjata ringan antikereta kebal.” katanya dalam Twitter.

Britain sebelum ini memberi amaran kepada Russia berhubung akibat yang teruk jika ia melancarkan serangan ketenteraan baharu ke atas Kyiv sambil menawarkan pembiayaan untuk meningkatkan keupayaan tentera laut Ukraine.

Wallace berkata beliau telah menjemput Menteri Pertahanan Russia Sergei Shoigu untuk melawat London dalam beberapa minggu akan datang untuk membincangkan krisis itu.

Sementara itu, Kanada mengerahkan kontinjen kecil pasukan khasnya ke Ukraine.

Kehadiran pasukan khas itu adalah sebahagian daripada usaha sekutu NATO untuk menghalang pencerobohan Russia di Ukraine, dan untuk mengenal pasti cara bagi membantu Kyiv, lapor Global News Kanada, memetik sumber yang tidak dinyatakan.

Unit itu juga telah ditugaskan untuk membantu menyediakan rancangan pemindahan untuk kakitangan diplomatik Kanada sekiranya berlaku pencerobohan berskala penuh, kata laporan itu.

Menteri Luar Kanada Melanie Joly berada di Kyiv untuk membincangkan usaha menghalang “tindakan agresif” oleh Russia dan bertemu Perdana Menteri Ukraine Denys Shmygal.

Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock berkata negara itu akan melakukan segala-galanya untuk memastikan keselamatan Ukraine.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan Ukraine. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan Eropah,” katanya pada sidang akhbar semasa lawatan pertamanya ke Ukraine, sehari sebelum dia dijadualkan bertemu Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov di Moscow. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Bapa pukul anak didakwa miliki parang
November 6, 2023· Isu semasa
Dua wanita antara empat suspek ditahan dalam kes samun bersenjata
June 11, 2023· Isu semasa
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok