Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei

April 22, 2022 · Dunia

Dalam usaha meningkatkan ketibaan pelancong dan memulihkan industri pelancongan selepas dilanda pandemik, Thailand terus melonggarkan syarat kemasukan dengan membatalkan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi mulai 1 Mei.

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata pelancong asing yang memasuki negara itu melalui program “Test & Go” tanpa perlu menjalani kuarantin hanya perlu melakukan ujian antigen dikendalikan sendiri, yang lebih selesa dan cepat, lapor Bernama.

Pelancong tidak lagi diminta membuat tempahan awal penginapan hotel satu malam bagi menjalani ujian RT-PCR ketika ketibaan, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) di sini, hari ini.

Ketika ini, di bawah program ‘Test & Go’ tanpa kuarantin, pengembara perlu menempah hotel lebih awal, serta melakukan ujian RT-PCR pada hari pertama ketibaan dan ujian ATK pada hari kelima.

Sementara itu, jurucakap CCSA Dr Taweesin Visanuyothin berkata mesyuarat itu juga bersetuju insurans perubatan dikurangkan daripada US$20,000 kepada US$10,000.

Bagi pelancong tidak lengkap vaksinasi, mereka perlu mengemukakan ujian RT-PCR negatif bagi pengecualian kuarantin dan mereka yang gagal mempamerkan sijil vaksinasi akan dikenakan kuarantin lima hari di pusat kuarantin ditetapkan negeri.

“Ujian RT-RCR ketika ketibaan di bawah program “Test & Go” akan dimansuhkan berikutan statistik menunjukkan kadar jangkitan yang rendah dalam kalangan ketibaan antarabangsa.

Kadar jangkitan ialah 0.46 peratus melalui “Test & Go” bulan ini,” katanya.

Mulai 1 April, pelancong antarabangsa juga tidak perlu lagi menjalani ujian Covid-19 72 jam sebelum berlepas tetapi dikehendaki memohon “Thailand Pass” bagi bukti vaksinasi dan insurans.

Mesyuarat CCSA pada Jumaat juga meluluskan penjualan minuman beralkohol di restoran hingga tengah malam, bermula 1 Mei.

Thailand merekodkan 21,808 kes baharu dan 128 kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 4,128,038 kes dan 27,520 kematian.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok