Uber didenda AS$19 juta, mengaku kelirukan pengguna Australia

April 26, 2022 · Dunia

Uber, didenda A$26 juta (kira-kira AS$19 juta) selepas mengaku melanggar undang-undang pengguna Australia dengan membuat kenyataan palsu atau mengelirukan, lapor Xinhua.

Badan pemantau pengguna persekutuan, Australian Competition and Consumer Commission (ACCC), pada Selasa mengumumkan bahawa mesej amaran yang dipaparkan antara Disember 2017 dan September 2021 pada aplikasi Uber mengelirukan pengguna.

“Mesej “anda mungkin dikenakan sedikit bayaran kerana pemandu anda sudah dalam perjalanan” ,” diterima pengguna meskipun mereka berada dalam tempoh pembatalan percuma yang ditawarkan Uber.

Pengerusi ACCC Gina Cass-Gottlieb berkata lebih dua juta rakyat Australia telah menerima amaran pembatalan yang mengelirukan itu sebelum ia dihentikan, lapor Bernama yang memetik Xinhua.

“Uber mengakui ia mengelirukan pengguna Australia selama beberapa tahun, dan mungkin menyebabkan sesetengah daripada mereka memutuskan untuk tidak membatalkan perjalanan mereka selepas menerima amaran pembatalan itu, walaupun mereka berhak untuk membatalkan secara percuma di bawah polisi Uber sendiri,” menurutnya.

Suruhanjaya itu juga mendapati Uber secara salah memaparkan anggaran tambang teksi apabila harga berada di bawah perkhidmatan perkongsian perjalanan.

“Platform digital seperti Uber perlu mengambil langkah sepatutnya untuk memantau ketepatan algoritma mereka dan kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin menjejaskan pilihan pengguna perkhidmatan,” kata Cass-Gottlieb.

ACCC dan Uber bersetuju untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan Australia dan gergasi perkongsian kenderaan itu dijangka membayar penalti sebaik sahaja tarikh ditetapkan.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Malaysia ditahan di Melbourne cuba seludup dadah 622 kg
October 13, 2023· Isu semasa
Rakyat hormat undang-undang, tapi kerajaan bebas perasuah: MP Pasir Puteh
September 14, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok