UAE pula panggil duta pulang dari Lubnan

October 31, 2021 · Dunia

Hubungan diplomatik Lubnan dengan beberapa negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) semakin meruncing susulan tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengikut jejak Arab Saudi, memanggil pulang dutanya dari Beirut.

UAE turut menasihatkan rakyatnya supaya tidak melawat Lubnan dalam tempoh sekarang demi keselamatan, lapor agensi berita rasmi kerajaan, WAM.

Tindakan itu diambil menyusul langkah Riyadh memanggil pulang dutanya dari Beirut dan mengarahkan duta Lubnan keluar dari Arab Saudi dalam tempoh 48 jam, susulan kenyataan Menteri Penerangan Lubnan, George Kordahi yang mengkritik serangan ke atas pemberontak Houthi di Yaman.

“UAE mengumumkan memanggil pulang diplomatnya dari Lubnan sebagai tanda solidariti dengan Arab Saudi berhubung pendekatan sesetengah pegawai Lubnan terhadap Riyadh.

“UAE juga melarang rakyat daripada mengunjungi Republik Lubnan,” kata kenyataan dikeluarkan WAM.

Selain Arab Saudi, UAE dan Bahrain yang memanggil pulang dutanya dari Lubnan, turut berbuat demikian adalah Kuwait.

Semalam, Riyadh membuat keputusan mengharamkan semua import semua jenis barangan, termasuk hasil pertanian dari Lubnan, dan memberi tempoh 48 jam kepada duta negara itu untuk meninggalkan Arab Saudi susulan ucapan dibuat Kordahi.

Arab Saudi juga melarang rakyatnya berkunjung ke Lubnan atas faktor keselamatan dan memanggil pulang dutanya dari Beirut.

Sejam kemudian, Manama pula mengarahkan duta Lubnan meninggalkan negara itu dalam masa dua hari kerana alasan yang sama seperti Arab Saudi, kata Kementerian Luar Bahrain.

Kordahi mengeluarkan kenyataan mengkritik serangan tentera pakatan diketuai Arab Saudi ke atas pemberontak Houthi di Yaman.

Dalam temu bual dengan sebuah stesen TV, Kordahi berkata Houthi yang bersekutu dengan Iran “mempertahankan diri mereka … menentang pencerobohan luar”.

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Anwar kata lawatan ke UAE berjaya, sangat bangga
October 7, 2023· Isu semasa
Tiada liputan PMX berlepas ke UAE oleh media arus perdana?
October 5, 2023· Politik
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok