UAE gantung kemasukan pengembara Indonesia, Afghanistan mulai esok

July 10, 2021 · Dunia

Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggantung sementara kebenaran masuk kepada pengembara dari Indonesia dan Afghanistan mulai Ahad dalam langkah tegas mengekang penularan Covid-19, terutama varian Delta yang cepat merebak.

Pihak berkuasa penerbangan awam UAE (GCAA) dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi esok.

Ini termasuk menggantung sementara kemasukan pengembara yang berada di kedua-dua negara berkenaan 14 hari sebelum tiba di UAE.

Pegawai diplomatik dan penduduk UAE yang memiliki ‘visa emas’ dikecualikan.

Bagaimanapun mereka perlu menjalani kuarantin selama 10 hari, kata GCAA dan Agensi Kebangsaan Pengurusan Kecemasan, Krisis dan Bencana (Ncema) menerusi stesen televisyen rasmi negara, Wam.

Kedua-dua negara khususnya Indonesia kini sedang berdepan penularan teruk Covid-19, terutama varian Delta. Di Indonesia, jumlah jangkitan harian naik mendadak daripada kira-kira 3,000 kes pada Mei kepada lebih 38,000 pada Khamis.

Sebelum ini UAE mengenakan sekatan kemasukan terhadap pengembara dari India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Afrika Selatan, Nigeria dan Filipina sehingga 15 Julai ini.

Penggantungan itu turut membabitkan penerbangan dari UAE ke negara-negara berkenaan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok