Turki ‘marah’ serangan berterusan rejim Israel terhadap Palestin

May 15, 2021 · Dunia

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan melahirkan kemarahan Ankara terhadap serangan udara rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza dan mengutuk negara-negara yang ‘kekal diam’ dalam mendepani krisis itu.

“Kami sedih dan marah atas kekejaman negara pengganas Israel terhadap Palestin. Solidariti menentang tindakan agresif Israel ke atas bandar Palestin, Baitulmaqdis adalah kewajipan terhormat buat kemanusiaan.

“Dengan menyerang tanah suci bagi tiga agama, negara pengganas Israel telah melintasi semua batasan,” kata Erdogan pada mesyuarat secara maya dengan parti pemerintah Parti AK, hari ini.

Korban meningkat ketika keganasan antara Israel dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memasuki hari kelima.

Pertumpahan darah yang berlaku sekarang adalah terburuk di rantau itu sejak perang 2014, mendorong utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timur Tengah memberi amaran bahawa konflik itu ‘menuju kepada perang lebih besar’.

Sekurang-kurangnya 144 rakyat Palestin, termasuk 37 kanak-kanak dan 22 wanita, terbunuh dalam serangan udara pengganas Israel di Semenanjung Gaza sejak Isnin, manakala 950 dilaporkan cedera, selain kerosakan harta benda.

Lapan warga di Israel, termasuk dua kanak-kanak, turut terkorban dalam roket yang dilancarkan oleh Hamas dan kumpulan pejuang Jihad Islam.

Turki tidak pernah menganggap Hamas, yang memerintah Gaza, sebagai gerakan pengganas atau militan. Pada Ogos 2020, Erdogan menjadi tuan rumah delegasi Hamas yang diketuai oleh pemimpin pergerakan itu, Ismail Haniyeh, mencetuskan reaksi marah Israel.

Kritikan lantang Erdogan terhadap tindakan ketenteraan rejim Israel dibuat walaupun Ankara berusaha memperbaiki hubungan dengan negara Yahudi itu, yang merangkumi pertemuan antara pegawai perisik Israel dan Turki.

“Mereka yang berdiam diri atau secara terbuka menyokong pertumpahan darah Israel harus tahu suatu hari nanti akan tiba giliran mereka,” kata Erdogan sambil meminta Majlis Keselamatan PBB menyelesaikan krisis tersebut. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok