Tunjuk perasaan ganas di Colombia semakin marak

Jumlah kematian dalam tunjuk perasaan yang bertukar ganas di sekitar ibu negeri wilayah Valle del Cauca, Cali di Colombia, menentang rancangan pembaharuan cukai kerajaan hari ini, meningkat kepada 13 orang.

Orang ramai di beberapa bandar mengadakan tunjuk perasaan sejak sebulan lalu menentang rancangan itu yang dikatakan akan mengancam pekerja kelas pertengahan.

Rancangan pembaharuan cukai itu bagaimanapun dibatalkan, tetapi penunjuk perasaan beralih pula kepada polisi lain, termasuk cara kerajaan menangani pandemik Covid-19.

Presiden Colombia Ivan Duque mengerahkan pasukan tentera di wilayah barat negara itu untuk menguruskan penunjuk perasaan dengan perintah berkurung dilaksanakan sehingga jam 5 pagi.

Wakil kerajaan dan pemimpin peringkat kebangsaan bermesyuarat tetapi gagal mencapai kata sepakat.

Datuk Bandar Cali Jorge Ivan Ospina dalam Twitter mengutuk keganasan itu dan mendedak pejabat pendakwa raya menjalankan siasatan menggunakan klip video, sambil menegaskan sesi dialog boleh menyelesaikan semua konflik. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR