Tujuh murid antara 10 maut nahas ngeri di Jawa Barat

August 31, 2022 · Dunia

Sepuluh maut, termasuk tujuh murid manakala 20 lagi cedera, dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah treler, trak pikap dan dua motosikal, berhampiran kawasan sekolah di Bekasi, Jawa Barat pada Rabu (31 Ogos 2022).

Ketua Pesuruhjaya Trafik Polis Metro Jaya, Latief Usman berkata kejadian pada jam 11 pagi waktu tempatan itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang mengalami masalah brek sebelum merempuh perhentian bas.

Treler terbabit dilaporkan merempuh beberapa pelajar sekolah rendah SDN Kota Baru 2 yang sedang berjalan di hadapan sekolah. Treler itu turut melanggar motosikal, kereta, tiang elektrik dan juga sebuah perhentian bas, lapor Pojoksatu.

Rempuhan itu turut menyebabkan tiang telekomunikasi tumbang dan menghempap trak pikap.

Latief berharap jumlah mangsa yang maut tidak bertambah, menurut laporan media.

Treler berkenaan turut merempuh ibu bapa dan murid Sekolah Rendah Kota Bekasi yang baru menamatkan sesi persekolahan.

Beliau berkata polis akan meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas.

Latif mengesyaki kemalangan itu bukan berpunca daripada kegagalan brek.

“Sebab ada tanda brek. Jadi, kami berpendapat ia berkaitan dengan kelajuan,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Pelitup muka dalam kawasan sekolah tak lagi diwajibkan
September 10, 2022· Isu semasa
Bekas guru pelatih liwat murid gagal dalam rayuan, dihukum penjara dan sebat
August 24, 2022· Isu semasa
Lima sekeluarga maut dalam nahas dua kenderaan di Gerik
July 23, 2022· Isu semasa
Pemandu treler terlibat nahas maut empat beranak mengaku tidak bersalah
July 21, 2022· Isu semasa
Popular
Jutaan penduduk Florida bersedia hadapi taufan besar, merosakkan
September 28, 2022
Arab Saudi umum Mohammed Salman sebagai PM baharu
September 28, 2022
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
September 29, 2022
Permata gergasi Fortune Pink bernilai RM161 juta dilelong November
September 27, 2022
Lagi Dunia terkini
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
4 jam lalu · Dunia
Korea Utara uji peluru berpandu, sehari sebelum Kamala tiba di Seoul
13 jam lalu · Dunia
Jutaan penduduk Florida bersedia hadapi taufan besar, merosakkan
13 jam lalu · Dunia
Ancaman bom: F-16 iring pesawat Singapura, penumpang ditahan
21 jam lalu · Dunia
Arab Saudi umum Mohammed Salman sebagai PM baharu
September 28, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok